Tuesday, June 16, 2009

hidup...

bukan hidup namanya kalo xde cabaran.. bukan hidup namanya kalo xde cubaan... bukan hidup namanya kalo xde kegembiraan & kesedihan.. semua org ada masalah masing2.. bagaimana nk handle masalah, this will be an art..

jumaat lepas anis ilang moto.. sementara waktu, aku la kena jd drebar dia.. anta & amik balik keje.. xkesah la kan.. after think a lot (i think) anis decide to have a car. a new one. is it a good choice? i don't know.. depends on how u look at it.. stgh org kata, amik kete 2nd hand lebih bagus. stgh org kata amik new bagus.. we have different opinion as we think differently.. xde sapa yg berfikir sama mcm kita..

sama jugak macam bila kita berhadapan 1 masalah. ada org kata, senang je.. xyah pk panjang2.. ada org lak kata, ishk.. kena pk dlm2 ni..sampai xtdo 5 mlm la nk pk.. macam mana berat pon masalah, idop kena diteruskan..

selalu.. kita jadi insan yg xtau bersyukur.. sbb.. jarang2 kita bersyukur..

kita ada kerja yg selalu bikin jiwa kacau... ada lagi org yg xde keje.. kena buang keje sebab ekonomi down..

kita ada rumah.. ada lagi org yg merempat kt tepi jalan sebab xmampu nk bayar duit umah sbb xde keje...

kita ada kenderaan.. ada lg org yg berkaki ayam..

kita ada makanan... ada lg org yg x mampu nk belikan susu anak sbb kegawatan ekonomi..

kita ada keluarga.. ada lg org yg ilang tempat bergantung sebab Allah dah terik balik nikmat berkeluarga..

kita ada anak.. ada lg org yg dh kwen berbelas tahun, allah still xkurniakan anak.. kalo yg ada anak, pon xtau bersyukur.. didera cm binatang je anak dia.. ishk3...

kita ada badan yang sihat.. cukup anggota badan.. ada lg org yang xcukup sifat, still leh berjaya..

apa lagi yg kita nak?

dah table out 1 persatu pon.. aku rasa, susahnya nk terima hakikat..

mungkin kita akan mula belajar bersyukur bila nikmat kita dh ditarik balik.. masa ni apa yg akan kita dapat? of coz penyesalan je la...

Friday, June 12, 2009

Gracie's Choice

This is really a good movie. Aired at Hallmark, on Wednesday, 9.00 pm.

Ia mengisahkan seorang student, baru 17 or 18, xigt, ada mum yg drug addict, asik tuka2 pasangan. in fact dia ada 5 org adik beradik, 2 pompuan, 3 lelaki, sume dari bapak yg berlainan. mak dia lahirkan anak sbb nk dptkan wang sara hidup, $520 per child.

kemuncaknya, mak dia kena tangkap dgn polis, dia dgn adik2 lain terpisah. walaupon adik2 dia bukan adik beradik sedarah, stil dia sayang adik2 dia. after a day or 2 kt umah perlindungan, nenek dia (mak dia punya mak) dtg amik diorg. org tua ni pon dh tua. tp sanggop gak jaga diorg.

moving to their grandma's house, once again diorg kena tuka sekolah. fortunate utk gracie, ada kaunselor & pegawai kebajikan yg baik ati & selalu tolong dia. after all, dia dpt sorg pakwe yg memula cm baik pastu hampeh!

then her grandma died, mak dia nk jaga adik2 dia. adik pompuan dia dh kuar umah, tinggal dgn boyfren & dh pregnant. so, tanggungjwb gracie adalah pd adik2 lelaki dia je. dia wat rayuan kt mahkamah, nk jaga adik2 dia. initially, mahkamah bagi masa 3 bulan, nk tgk perkembangan bersyarat: kena ada proper umah, kereta, & gracie kena ada keje.

gracie keje part time after school nk tampung belanja umah. lepas 3 bulan, dpt lanjutkan lg 3 bulan sbb prestasi bagus. in mean time, dia dpt biasiswa untuk smbg blaja tp dia xnk. ats sbb ni, dia clash dgn pakwe dia. xguna betol!

ats sbb mak dia nk amik hak jaga adik2 dia (actually sbb nk duit sara idop), dia lawan kt mahkamah. dia nk jadi mak nagkat utk adik2 dia.. mak dia sgt evil kt mahkamah. nasib baik adik2 dia pilih nk tinggal dgn dia. so, mahkamah suh diorg cari 1 family name. (suka2 ati je nk pilih nama family. huhuhu) diorg pilih wetherly. finally diorg live happily together.

ni mmg movie yg best! ekceli, movie kt hallmark mmg best. aku layan gak hallmark ni.. tp xde la selalu. kalo selalu, ley muntah gak. huahuahua....

Monday, June 8, 2009

syukur walaupon xdapat 4.00

pagi ni, membe aku msg,

"kasya, ada x no.tepon uum? fwd kt aku."

aku pon fwd. pastu dpt lg msg dari org yg sama.

"aku dapat a la leadership"

cis! result dah kuar. upanya, xkuar dlm portal tapi kena call uum. time ni, jantong aku dh nk tersembol kuar! risau nk tau apa la yg aku dapat.. hasil dari belaja secara main2 aku nih! hhmmmm...

"kasya, ko dah cek ke belom?"
"lom la.. takot. hehehehe"
"ala...leadership ko gerenti A la. kalo takot, meh no. matrix. aku tlg cek kan"

xkuasa aku nk suh org lain cek. so, aku terpaksa la memberanikan diri mengecek result aku. alhamdulillah...

Leadership....A
Decision Analysis..........A
Corporate Finance..........B+

leadership mmg dh dijangka akan dpt A. aku ingat leh la dpt A jugak utk CF. skali dpt B+ daaa.. aku tau apa sbb aku dpt B+ ni. sbb2nya adalah seperti berikut:

60% ongoing assessment, 40% final.
  • ongoing assessment tu, 2x kuiz, 1 asgmt last minit lect bagi. apa kes????
  • final xm adalah open book! gila susah ok!!!! hampir sume xleh jawab. serik aku! no more open book xm after this!

decision analysis lak aku dpt A. mmg xdisangka2. ni killer subjek! ramai merana sbb susah. aku pon mlm b4 xm xtdo sbb nk siapkan xm. alhamdulillah...

so, my gpa is 3.78. xsantek! tepon xhenti2 berbunyi & aku membunyikkan henpon org lain. cm nk bgtau sume org je result dh kuar & leh cek dari ofis. ahaks!!

most membe2 aku dpt A utk leadership. alhamdulillah! grup membe aku (4 org), kami sume dpt A. alhamdulillah.. syukur sgt2. xsia2 kami berhempas pulas siapkan asgmt! to Dr. Hartini, we owe u a lot. u mmg ajar us to be the best! kalo la dia ni expectation low, xdenye ktorg nk usaha sehabis boleh! thanx a lot, Dr!!!

lunch td dh celebrate dgn kak Su. bukan p mana pon. just p makan kt LaCuisine je. kt Kg Baru, hampir2 ke Chow Kit. Food dia ada mcm2. pilih je. ada stimboat jugak. tp xtau la siang ni ada ke x sbb ktorg makan nasik td. huhuhu.. sistem kira dia pon canggeh! aku suka. dia pakai POS for restaurant. mmg maju!

kak Su bagi telekong dgn henbag berserta rantai. dia beli kt indon. nt aku amik gambar, tunjuk kt korang ek.. ehhehhe...

aku rasa ngantok. leh x nk tdo skang?????


Saturday, June 6, 2009

new sem

berdasarkan ayat2 cinta yang tertera dalma website uum, harini start kelas 4 new sem. tapi dari semalam, mesej xhenti2 masok kt henpon aku.

"esk ade klas ke?"
"ada. nape?"
"kan esk bday agong"
"'a'a.. xtau la plak"
"kang xpsl2 kena buang negara"

korang rasa, aku ni tau ke uum tu nak buat kelas ke tak arini?? ingat aku keje dengan uum?????

bangun subuh, tak tdo, terus register subjek. malas nk berebut dengan budak2 sem 1. (aku dah sem 2, yeaayyyy)

buat masa skang ni, aku register 3 subjet, econ, acc & portfolio.

best news, portfolio theory xde kelas esok. 21hb baru ada. horray!!!

after diz, maybe belok ni akan ditinggalkan seperti di semester 1. aku tak de masa nk layan ko! huh!!!! hehehehehe...

harini, 6 Jun 2009, aku nk ucap selamat pengantin baru kat:
Aziatul Nureen Abdul Aziz dgn Ahmad Firdhaus Abu Salim (2-2 skulmate aku)
Balkish Ahmad Sahimi dgn Mahathir Muhammad (x-colleague kt opis lama)

Moga berkekalan ke akhir hayat.. amin.. aku xdapat menghadirkan diri kerana ada kelas. Sekian.


Friday, June 5, 2009

apa yang patut dibuat???

hari ni sungguh bosan. sebab bos tak masok opis. tinggal aku terkontang kanting tiada keje. huh! what to do ha???

esok dah start kelas. tiz sem, uum banyak offer elective la.. hhhmmmmm.. aku plan nak amik yang berat2 dlu, yang ringan2 later. tapi subjek elektif aku pon leh tahan beratnya. atoi!!!

memula aku nak amik managerial economics, human resos management & portfolio teori. pastu belek buku balik, cam menarik la pulak kalo amik managerial accounting. hhmmmm....kalo amik acctg, aku kena lepaskan hrm. camne ek... hmmmm.... berfikir..berfikir...

Apa tanggungjawab kita sebagai Muslim?

Jika kita kenal diri sebagai seorang Muslim, maka tanggungjawab kita adalah melengkapkan fardu Kifayah, yang orang selalu bilang, "orang lain buat, aku tak payah." salah konsep.

yang dikatakan fardu kifayah ini sangat besar ruang lingkupnya. banyak yang kita terlepas pandang, tetapi ia adalah fardu kifayah yang dituntut. yang selalu dikaitkan dengan fardu kifayah adalah pengurusan jenazah. tetatpi kita lupa bahawa mengimarahkan masjid juga adalah fardu kifayah.

apalah gunanya membangunkan masjid sebesar padang bola, tetapi jemaahnya hanya 10 orang? apalah gunanya membangunkan masjid sebesar padang bola, tetapi penggunaannya terhad? apalah gunanya membangunkan masjid sebesar padang bola, tetapi sentiasa dikunci dan dilarang menggunakannya?

aku pernah terbaca, bahawa umat islam tidak akan dapat dilemahkan jika bilangan jemaah subuhnya adalah seolah-olah jemaah maghrib dan isyak. kenapa yang diambil kira hanya subuh? kerana, subuh adalah waktu paling mudah bagi syaitan menguasai manusia. dengan cuaca dingin yang menyeronokkan untuk tarik selimut, memang susah nak membangunkan diri mengadap Allah..

tak terkecuali bagi aku, bangun subuh memang sesuatu yang berat. namun alhamdulillah... nenek aku ada. kerana dia lah aku mampu menggagahkan diri, membuka mata dan memandu kereta ke masjid. kami mengatur masjid setiap pagi jumaat. kami mencuba nasib sebenarnya. tujuan ke masjid pada pagi jumaat adalah untuk mendapatkan sujud sejadah. kebanyakan masjid akan membaca surah sajadah di pagi jumaat. namun ada juga imam yang membaca surah lain. terasa agak kecewa jika ia berlaku. ahaks..

jika pagi2 sebelumnya kami ke kariah lain, pagi ni, cukup la ke kariah sendiri. kuman seberang laut kami nampak, gajah depan mata buat tak nampak je. senario yang sama di mana sahaja. makcik nenek2 tua, yang kakinya sendiri sudah tidak mampu menampung beban, memenuhi ruangan solat. alhamdulillah.. bilangan jemaahnya hampir sama dengan bilangan jemaah malam. (abaikan bilangan jemaah terawih ya!)

alhamdulillah.. masjid kariah kami telah improved! pagi ini, imamnya muda (aku agak berdasarkan suaranya) telah membaca surah sajadah. namun demikian, pembacaannya tidak berapa lancar. surah sejadah bukan pendek ye! aku pon masih belom dapat malas hafal. di sini lah pentingnya bagi kita, sebagai seorang Islam untuk menghafaz ayat al-Quran. Imam menghadapi kesulitan, kita dapat membantu. terdapat seseorang yang membantu membetulkan bacaannya. cuba bayangkan jika semua jemaah tak menghafaz surah sajadah, buta2 je pagi tadi kami berimamkan seseorang yang telah memesongkan ayat Allah. astaghfirullah al azim!!!

memiliki hafiz dalam sesuatu kariah juga adalah fardu kifayah. ketiadaan seorang alim di dalam agama akan mengakibatkan kita semua dihukum allah.. mintak dijauhkan.. moga allah tetapkan iman kita yang senipis kulit bawang ni.

ya allah.. tetapkanlah hati2 kami di jalan-Mu. janganlah kau pesongkan ia dari Mu ya Allah.. janganlah kau jauhkan kami dari rahmat-Mu. sesungguhnya rahmat-Mu tak terkira oleh kami..

segala yang terjadi dalam hidup kita, pasti ada hikmahnya. akal cetek kita takkan mampu membaca percaturan allah untuk hidup kita..la tahzan..Allah knows better than us!!!


Sunday, May 31, 2009

to grow with love

aku soka 8tv!!!!!

sbb 8tv soka tayang cite yg best2.

latest, aku addicted dgn cite to grow with love. sinopsis leh baca sini.

8tv tayang kol 7 mlm, isnin sampai jumaat.

so, tetiap ari, aku akan bergegas pulang utk menonton ini drama.

nasib baik training manual aku dh siap jumaat lps. pasni leh la aku pulang ke rumah tanpa perasaan bersalah. hooray!!!!!