Friday, September 26, 2008

Selamat Hari Raya

Selamat hari raya aidilfitri... maaf zahir batin.

sepanjang aku berblog ni, seandainya ade tersilap kata, terkasar bahasa, tersentuh hati sesiapa, maafkan aku yg hina ni, k.

arini, aku xde kt opis, dok spital jaga makcik aku coz pakcik aku kene keje. dia lak xleh begerak, so kena ade org tunggu. sib baik dia ade pekerja berdedikasi ini. huhuhuhu... xkesah la kan.. org memerlukan pertolongan, wajib ditolong. harapnya, masa aku susah nt, ade la org yg tolong. jgn slh phm, aku xmintak dibalas bantuanku ye!

esk aku dh start cuti. sampai ahd depan. jadi, sempena hari raya ni, jempotla dtg umah aku. xde umah tebuka sbb umah aku mmg sentiasa mengalu2 kan kedatangan sesiapa shj. nk rasa air tgn aku, sblm dtg, call la dulu. leh aku masak ape2 yg patut. :-)

insyaallah satg nk rembat laptop makcik aku, so, maybe leh ym dgn korg sume. kalo yg belom add aku, leh la add aku kt ym ye. kasya_halim (tu pon kalo aku berjaya merembat laptop dia r.... heheheheh)

sepanjang percutianku, aku tidak akan berblog kerana aku ign menenangkan fikiran. hahahahaha... ye ke? rasanya xakan usik blog ni sbb umah aku xde intenet. tp kalo aku dh bosan tahap denesor, kemungkinan besar aku akan menggerakkan kete aku ke anjung & mula merepek di dlm blogku ini. segalanya berkemungkinan...

ok, pape pon, slmt menyambut eid mubarak. semoga aidilfitri ini menjadi kemenangan terindah stlh berjaya mengharungi dugaan di bulan ramadhan ini. insyaAllah. jgn lupa gak berpuasa 6 taun ni ye..

assalamualaikum...


Thursday, September 25, 2008

Soal jawab agama 2 - puasa 6

Soalan; Bolehkah puasa qada dilakukan bersama puasa sunat iaitu, Qada Ramadhan dan juga puasa sunat, contohnya puasa sunat enam yang mana niat qada ramadhan dahulu diikuti dengan puasa enam, contohnya "Sahaja aku berpuasa esok hari, Qada Ramadhan and puasa sunat enam kerana Allah Taala"?

Jawapan;

Ya. Harus diniatkan sekali. Namun jika mampu memisahkannya –yakni melakukan puasa secara berasingan- itu yang sebaik-baiknya. Apabila berlaku pertembungan antara puasa Qadha dan puasa enam, kita boleh memilih seperti berikut;

a) Yang terbaik ialah kita menyelesaikan dahulu puasa qadha, kemudian diiikuti dengan puasa enam.

b) Jika kita tidak mampu puasa kedua-dua sekali dalam bulan Syawal, harus kita mendahulukan puasa enam di bulan Syawal, adapun puasa Qadha kita lakukan pada bulan-bulan lain.

c) Jika kita tidak mampu berpuasa kedua-duanya secara berasingan, harus kita meniatkan kedua-duanya dalam satu puasa. Malah sebahagian ulamak berkata; jika seseorang berpuasa dengan niat qadha dalam bulan Syawal, otomatik akan dapat untuknya pahala puasa enam sekalipun tanpa ia meniatnya kerana yang diperkira ialah wujudnya sebarang puasa dalam bulan Syawal itu.

Susunan di atas adalah mengikut keutamaan. Yang paling utama ialah pilihan (a), diikuti (b) dan seterusnya (c).

*pendapat aku: dah bertaun2 aku pick (c). sbb aku tau, aku xkan mampu nk pick lain2 option. Islam itu mudah, jgn disusahkan hanya kerana terdapat sedikit kegusaran. ramai org terlepas peluang cmni sbb diorg igt, kena posa 6, which is posa sunat dulu, baru qada' posa.. mungkin sbb tu kot ramai yg tunggu saat2 akhir baru nk qada' posa. wallahua'lam.

aku pikir cmni, qada' posa = wajib. posa 6 = sunat. so, buat yg wajib, dpt la pahala sunat. itu pon susah ke? walaupon sgt ramai yg kata xleh combine 2-2 posa, aku xpenah peduli sbb aku tau, aku betol. kejam x? hahahhaahha (gelak jahat)

so, pasni, meh la kita qada' posa dlm bulan syawal, insyaallah, kita masih dapat pahala kerana berposa di dalam bulan syawal.lagipon, clausanya hanya menyebut: berpuasa 6 hari di bulan syawal: xde lak dia kata wajib ke sunat, so, paham2 sendiri r kan...

hopefully, taun ni xde la tunggu di saat akhir baru nk abiskan hutang posa tu ye!


Soal jawab agama

Soalan; ustaz, apakah diterima puasa orang yg sengaja meninggalkan solat? kerana saya melihat ramai orang yg berpusa tapi tidak mengerjakan solat.

Jawapan;

Orang yang meninggalkan solat jika ia meninggalkannya kerana mengingkari atau menolak kewajipan tersebut, maka ia murtad dari agama dengan sepakat (ijmak) para ulamak. Orang yang murtad tidak sah ibadahnya termasuk puasa.

Adapun jika ia meninggalkan solat kerana malas atau segan (yakni ia masih mengakui kewajipan solat, cuma ia malas melakukannya) , maka para ulamak berbeza pandangan tentang hukumnya;


1. Imam Ahmad berpandangan; ia adalah kafir.
2. Jumhur ulamak berpandangan; ia fasiq, yakni tidaklah menjadi kafir, akan tetapi telah melakukan dosa amat besar.

Berpegang kepada pandangan Imam Ahmad tersebut, maka sebahagian ulamak hari ini (terutamannya dari Arab Saudi seperti Syeikh Bin Baz, Ibnu Usaimin dan sebagainya) berpendapat; orang yang tidak menunaikan solat fardhu, tidak sah puasanya, malah juga ibadah-ibadahnya yang lain (zakat, haji, sedekah dan amal-amal soleh selainnya) sehinggalah ia bertaubat kepada Allah dan kembali mengerjakan solat. Berkata Syeikh Ibnu Uthaimin; “Jika kamu berpuasa tanpa mengerakan solat, kami ingin menegaskan kepada kamu; sesungguhnya puasa kamu adalah batal/rosak, tidak sah, tidak memberi manfaat kepada kamu di sisi Allah dan tidak mendekatkan kamu kepadaNya…” (Fatawa Ulama’ Baladil-Haram, hlm. 198).

Adapun berdasarkan pandangan jumhur ulamak (yang tidak menghukum kafir orang yang meninggalkan solat itu); puasa orang itu sah jika ia memenuhi rukun-rukun puasa yang ditetapkan dan tidak melakukan sebarang perkara yang membatalkan puasa. Maksud sah ialah; dia tidak dituntut lagi mengqadha/mengganti puasanya. Namun perlu dipersoalkan; adakah puasanya itu akan diterima oleh Allah sedangkan ia telah mengabaikan ibadah yang cukup besar dalam Islam iaitu solat? Tidak semua ibadah yang sah diterima oleh Allah. Contohnya, seseorang yang mengerjakan solat dengan riyak; solatnya sah (dari sudut Fiqh) apabila cukup syarat-syarat dan rukun-rukunnya, namun solatnya ditolak oleh Allah kerana riyak tersebut. Kerana itu, ulamak-ulamak al-Azhar (seperti Syeikh ‘Atiyah Saqar (bekas ketua Lujnah Fatwa al-Azhar), Dr. Ahmad asy-Syirbasi (bekas pensyarah di Universti al-Azhar), Dr. Muhammad Bakr Ismail, Dr. Muhammad ‘Ali Jum’ah dan ramai lagi), walaupun pendapat mereka tidak sekeras ulamak-ulamak dari Arab Saudi tadi, tetapi mereka menegaskan; “Orang yang tidak mengerjakan solat sekalipun puasanya sah tetapi tidak diterima Allah (yakni tidak diberi pahala)”. Syeikh ‘Atiyah Saqar menulis dalam fatwanya; “Sesiapa berpuasa tanpa mengerjakan solat, puasanya adalah sah dan tidak wajib ia mengulanginya. Akan tetapi dari segi penerimaan (Allah) terhadapnya, maka hadis Nabi s.a.w. menunjukkan ia tidak diterima…”. Hadis yang dimaksudkan oleh Syeikh ‘Atiyah itu ialah sabda Nabi s.a.w. (bermaksud);

“Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan melakukan pendustaan, maka bagi Allah tidak ada keperluan dalam ia meninggalkan makan dan minumnya (yakni Allah tidak berhajat kepada puasanya)” (Riwayat Imam Bukhari, Abu Daud, at-Tirmizi dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.).

Jika dengan kerana akhlak mazmumah (dusta dan sebagainya) telah pun menyebabkan puasa ditolak oleh Allah, maka lebih-lebih lagilah dengan meninggalkan solat fardhu yang dosanya amatlah besar, berkali-kali ganda lebih besar dari dosa kerana akhlak mazmumah itu.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. al-Fatawa; Min Ahsan al-Kalam, Syeikh Aiyah Saqar, 2/32.
2. Fatawa Ulama’ Baladil-Haram, hlm. 198.
3. Al-Fiqh al-Wadhih, Dr. Muhammad Bakr Ismail, 1/149.
4. Yas-alunaka Fi ad-Din Wa al-Hayah, Dr. Ahmad as-Syirbasi, jilid 4.


p/s: aku dpt dari email. xtau sapa ustaz yg menjawab, tp, benda baik, kita share la sama2, kan..



Wednesday, September 24, 2008

attention!

Dear Friends,

The following items have been recalled due to China 's milk situation.

M&M's
Snickers
Mentos Yoghurt Bottle
Dove Choco
Oreo Wafer sticks
MonMilk
Dutch Lady Sterilised Milk
Walls All Natural Mango
Mini Poppers Ice-cream
Magnum Ice-cream
Moo Sandwich Ice-cream
Mini Conetto


If you have these in your house, please do not eat them...

Please help to disseminate this info. - aku dh tolong r ni...

redah je

pg ni kl ujan. umah aku terang benderang je. sampai kl, ujan. sblm ni aku sgt bangga kerana tidak memiliki payung di dalam kete. arini aku rasa, sgt hampeh kerana xde payung! nasib baik bila park kete, ujan dah slow. so, redah je la..... apa daa...

Tuesday, September 23, 2008

Speed trap

Aku dpt dari email... mungkin berguna utk yg nk balik raya nih & suka tekan pedal minyak sampai rapat tu. huhuhuhu...

Hi all,

pls be prepared for this coming Raya season.

PLUS North Bound (ke Utara)
*Under a bridge at about 456km, Sg Buloh junction.
*Under a bridge at about 459km, Bukit Lanjan interchange.
*Under the overhead restaurant at Sg Buloh.
*Under the last bridge before Sg Besi toll at 309.2km.
*Under the bridge at 296.5km, Bangi junction.
*Under the newly constructed bridge at 289.0km, after Nilai North junction.
*Under the bridge at 286.5km, Nilai North junction.

PLUS South Bound (ke Selatan)
*Below signboard at about 454.6km and 455.2km, Sg Buloh layby.
*Under the bridge after Subang junction at 11.3km.
*Under the bridge at 22km, Bukit Lanjan junction.
*Under the bridge before Mint hotel, Sg Besi Toll. 80km/h only!
*Under the bridge at 302.8km, Kajang junction.
*About 1km south of Bangi junction, both south and north bound outer lanes* * *
* * * * * * * * * * * * *
*At 296.5km and 297km, Bangi junction.
*Under the newly constructed bridge at 289.0km, before Nilai North junction.
*At 285.5km and 285.8km, Nilai North junction.
*On center divider at 251.8km and 253km after Senawang junction.
*After Alor Gajah junction at 213.9km, next to water theme park.
*Behind the right hand crash barrier at 198.4km.

Elite Central Link East/North Bound
*On left hand side at 4.8km after Batu Tiga/Shah Alam exit
*Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
*Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.

Elite Central Link West/South Bound
*Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
*Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
*After exit from KLIA toll to the airport, below Jalan Pekeliling flyover.
90km/h

NKVE East/North Bound
*300m before Jalan Duta toll, 60km/h!
*Behind crash barrier on the left when going towards Jalan Duta toll, at 24.9
km, 80km/h!
*Below bridge at Damansara Junction, 17.5km

NKVE West/South Bound
*Behind crash barrier on the left when leaving Jalan Duta toll from KL, at 25.3
km and 25.7km, 80km/h!
*From Jln Duta, below the bridge, 23km, 80km/h zone!
*From Jln Duta, at the underpass at Sg Buloh Y-junction, 22km.
*Behind crash barrier at Damansara Junction, 17.7km and 16.8km
*Below railway bridge at 11.2km
*Under the bridge at Shah Alam junction.

Kesas East Bound
*Under the bridge at 44.8km, downhill run after Puchong junction.

Kesas West Bound
*At Sg Besi side of East Bound Toll. Kuala LumpurCity
*Jalan Duta; below the flyover at the Damansara junction, 70km/h zone.

Klang
*Dual carriageway between Klang and Port Klang. Towards Klang direction, at
about 13km mile stone. 70km/h only!

East Coast
*Road sign at Karak highway is inadequate especially at Y junction; if you are
unfamilar, go slow.
*East bound, downhill run after Raub junction.
*Maran, 60km/h zone.
*Paya Bungor, 70km/h zone.

SPEED TRAPS IN JOHOR
South Bound
*Tangkak junction.
*Under the bridge after Yong Peng

North junction
*at 97.3km.
*Ayer Hitam junction.
*Sedenak junction.

SPEED TRAPS IN PERLIS, KEDAH AND PENANG
North Bound
*Around Ayer Hitam in 60km/h zone.
*Before Perwaja Steel.
*Sg Petani junction.
*Between Seberang Jaya junction and Sg Dua Toll.
*PenangBridgeat island end.Speed limit 80km/h.
South Bound
*PenangBridgeisland end. Speed limit 80km/h.
*About 2km before Juru Toll Speed limit 90km/h.

SPEED TRAPS IN PERAK
North Bound
*Under the bridge at 197.1km and 198.8km, after
Kamunting Junction.
*Under the bridge at 204.3km, after Kamunting
Junction.
*Under the bridge at 208km, before Kamunting Junction.
*Under the bridge at 214.8km, before Kamunting
junction.
*Ipoh Vista Point at about 263km. Speed limit 80km/h.
*Under the bridge at 271km, Ipoh North Junction.
*Under the bridge at 274.4km, Ipoh South Junction.
*Under the bridge at 286.9km, Simpang Pulai Junction.
*Under the bridge at 296km, Gopeng Junction.
*Under the bridge at 352.6km, after Sungkai Junction.
*Under the bridge at 353km, Sungkai Junction.
*Under the bridge at 373km, Slim River Junction.
South Bound
*Under the bridge at 199km, before Kamunting junction.
*Under the bridge at 241.9km, at Kalau Kangsar
junction.
*Under the sign post at 296.1km, before Gopeng
Junction.
*Under the bridge at 297km, at Gopeng Junction.
*Under the bridge at 300km, after Gopeng junction.
*Under the bridge at 308.6km, after Gopeng junction.
*Under the bridge at 372.6km, at SlimRiverjunction.

setahun yg lepas...

aku masih bekeja di norhayati & associates..bergelut wat odit. seminggu sblm posa, mmg xde mood langsong nk wat keje. rasa nk cuti, dok umah je! so, diorg plan, a week b4 raya, wat kueh. waaaa... best2. bos aku, kak yati siap beli oven, ok!

xcited gile ktorg nk wat kueh. lps plan, ktorg nk wat popia kecik2 tu. yg letak serunding tu. pastu ade lg bape kueh lain. aku dh xigt. seminggu wat kueh utk sume org. last2, sume dpt sebotol kecik kuah. mmg puas ati sbb kos opis tanggong. lalalalala... balik umah, aku meneruskan xcited tu & trus g beli brg2, sambong wat kt umah lak. hehehhehe...

arini, pd taun ni, aku x wat kueh kt opis lg sbb dh tukar opis. arini jugak, bos aku merangkap makcik aku masok hospital sbb paru2 kanan dia bocor. ngerinya! kesian dia. doakan yg terbaik utk kami, k!

Monday, September 22, 2008

malam lailatul qadar

sekarang nih, dh masok 10 malam terakhir, minggu terakhir bekerja (bagi aku, org lain aku xtau). sabtu lepas aku berkesempatan ke masjid (slps malas beberapa malam lepas). org dh makin siket. aku pelik. bukan ke sepatotnya, ibadat kita dipertingkatkan pada 10 malam terakhir??? aku rasa, ramai dok umah tgh sebok wat kueh. aku rasa la kan sbb aku x p cek kt umah diorg. tp masih aku rasa hairan. bukan la nk kata aku baik sbb p masjid sbb smlm aku pon xp terawih. :-p

dlm inbox email aku, berlomba2 email psl malam lailatul qadar. malam yg jd rahsia ALlah, xsapa tau bila tibanya @ jdnya. beruntungla sapa yg dpt berjumpa dgn malam ni, kan? taun ni, masjid aku plan nk wat 10 malam qiamulail. xcited nnk aku dgr. dia dh bercita2 nk p 10 malam. kompom dia akan tarik aku pnya la!

sabtu malam ahd, 1st night qiamulail. aku mmg niat nk p. taun lps ade la p sekali. pastu malas. taun ni, nk rasa gak qiam kt masjid dekat rumah. so, kol 245, nnk aku kejot. spt yg aku jangka. liat gila aku nk bgn. hahhahaahaha... malas xyah ckp r. rasa nk jerit bgtau aku xmo p. dok merengek2, membebel sorg2 ckp xmo p. tp memikirkan aku ni byk hajat, pnt gak aku paksa diri sendiri utk melangkah kaki ke bilik air. akhirnya berjaya! aku heran. setan xde, kena ikat. apsal lak aku malas tahap nk kena sepak nk p masjid tah!

sampai masjid, dh ramai org. aku nmpk ade budak2, dtg lg awl dari aku! malu gila seh!!! cis cis cis! janji kol 3 start solat. tp kol 3.30 br start sbb ostaznya xjumpa masjid. kesian. dia org luar. aku xtau nama dia. ade gak bgtau tp x amik port! xsbr nk solat nih. pak ostaz kata, wat tahajud, taubat, hajat, witir. tasbih xwat sbb xsempat. (dia dtg lmbt, kan...) ape2 je la. xkesah. bgs gak xwat tasbih. aku takot aku tegolek je tgk rukuk sbb tetido. hahahahaha...

dgn nama Allah, start ustaz baca bismillahirrahmanirrahim, air mata aku start mengalir. sayu gila dgr suara dia. nasib baik gelap sbb lampu suma dh dimatikan. tp spjg solat tahajud, aku dok berhingus. selekeh! masa ni mmg aku rasa byknya dosa aku! kalo aku mati satg, kompom ALlah tuang aku msk neraka dia!

spjg 1 jam stgh, aku dok menangis. suara dia, mmg mantop! org lain xnangis, aku je yg poyo nangis sampai berhingus bagai, siap dgn idong tersombat lg! selekeh gila aku mengadap Allah pagi tu. malumalumalu! mak bwk tuala kecik. cm tau2 je aku nk nangis. trus aku sambar tuala dia wat lap hingus aku. hahahahaha...

ni doa ustz tu yg mmg cemerlang gila - Ya Allah, aku xmampu nk beribadat 1000 bulan. oleh itu, kau temukan la aku dgn malam lailatul qadar. simple kan? tp aku xpenah doa cmtu. Allah... doa dia sume terbaik dari ladang. hehehehehe...

sahur kt masjid. kompom kena makan. nasik ape tah. sedap. boleh x mak xnk share nasik dia dgn aku?? suh makan asing2. dia lupa kot aku ni spesis xsahor tp xleh tgk makanan x abis. aku sedaya upaya abiskan nasik tu tau. mak selamba je makan separuh. hangat hangat...

pas suboh, mata aku dh xleh tahan. mau pulang beradu. mak nk dgr kuliah suboh lak. alaaa... aku siap suh dia balik sendiri. last2, dia akur dgn desakan cucu kesayangan dia ni. tgh2 aku sebok nk kuar masjid, aku dgr ade org introduce penceramah. ustaz td! mls mls mls. nk blk tdo gak. pastu dgr, "masih seorg pelajar di universiti umm qura, makkah al-mukarramah". trus dok balik, mata luas, nk dgr ape dia nk bg ceramah. mak pon tekejot tgk aku duduk, dia pon dok gak. hehehehe... maafkanla cucumu yg senget ini ye.

sebab aku sanggop nk dok dgr ialah kerana dia adalah dari uni umm qura. sama uni dgn blogger yg aku dok ikot blog dia - lutfi. that's y lor... ustznya muda lg. aku xigt nama dia (sbnrnya xdgr pon), dah kawen, kalo xsilap dia tahun ke 2 kt sana. taun ni 1st time dia nk p wat haji. pastu mcm2 la dia ceramah psl bulan posa. overall, ceramah dia best. siap nyanyi lg. ok la cmtu kan. xde la serius je. org nk dgr pon boring!

balik umah, bum. sambong tdo. kol 10 bgn, beli brg wat kueh. sambong kelija....

yg pastinya, lailatul qadar xde sape tau. kalo aku dpt, alhamdulillah. kalo xdpt, panjg umo, cuba lg taun dpn. pendek umo, kena la seksa dlm kubo sbb mls sgt nk wat ibadat. =(
ape2 pon, marila kita mengimarahkan 10 malam terakhir ni. bukan dengan menyalakan pelita, tp dgn memperbanyakkan amalan. & jgn beribadat semata2 kerana lailatulqadar. beribadat la dgn ikhlas. kalo kita ikhlas, akan ade pahala yg mengikuti. qiam juga x semestinya berada di masjid. dengan berzikir, mengosongkan hati, muhasabah diri & pelbagai cara boleh dilakukan. jgn membataskan amalan, k!

weekend


weekend, sabtu ahd aku sebok wat kueh. siap kueh aku, sebok bakar kueh mak lak. mak wat kueh makmor. smlm aku sebok + mengada2 nk wat choc chip. mak start wat kueh dia, tp kueh aku siap dlu. hoorraaaayyyy!!!! sbbnya, pak imam dtg anta kueh, tepaksa la dia entertain. lalalalala... meh la rasa choc chip aku yg asik hangus tu nt ye. hahahahaha..

hmmm.. smlm bukak posa kt luar. fatin ajk. dpt makan free.. best2...sbnrnya teman dia p dating dgn sugar dady dia. xkesah la.. asalkan dpt makan free... huhuhuhu...makan kt kl international hotel. ramai gak. aku rasa, ramai tu polis sbb kl international hotel ni milik polis. buffet set dia rm48++. makanan, okla.. xbyk choice.

balik, singgah anjung sat. bulan posa, x elok prasangka kt org kan.. tp kalo nmpk kete laki dgn pompuan kt opis, kasot kt luar pintu, tp masuk opis xde org, ape maknanya? bulan posa weh! agak2 r. aku xnk syak ape2, tp ni bukan kali pertama & aku ni manusia biasa yg byk sgt kekurangannya! mampos korg r! dosa korg tanggong sendiri, kan! sampai umah, gosok baju, pas abis org solat terawih, bwk pak imam kuar makan roti nan. gila aku nih! kenyang gila!



fatin & kak ina


makanan aku. gosh! see the rice. nasik ujan panas...


side dish..

Friday, September 19, 2008

hari semalam

Pagi

presentation smlm, alhamdulillah. went well, even bukan aku yg present. hahahahaah... bos aku la present. aku just nk menimba pengalaman macam mana dasatnya suasana dlm tu. tp xdasat pon sbb committee cume ade 7 org, dgn sorg tdo. sah xmasok ape benda pon dlm kepala otak dia!

presentation smlm is jtpp(jawatankuasa teknikal pembangunan produk), mana2 company yg nk jd franchisor, & apply development tru pns, kena lalu benda ni. dia cm 1st saringan r.. nk tau leh x jd franchisor. company yg ktorg present smlm was islamic kindergarten. both parties present, company aku present FRA,KS present due diligence audit. only main concern. can an educator become a good businessman?? nobody can answer. but to be a successful franchaisor, must be a good businessman or to have a strong team to manage the business. many need to be done!


Ptg

balik awl sbb bos2 aku pon cabot awl. kol 4.05 aku dh blah. sampai umah, bwk mak kuar beli brg2 nk wat kueh. bawak je la kan... pusing 1 ampang, the p carrefour sbb nk beli buttercup. kat kedai kek harga dia rm3.60. kedai cap ayam yg xramai org, harga dia rm4.20. lg gila! ahad lps beli kat k4 rm2.95. smlm g beli, harga dia rm3.25. what the heck! 4 hari naik rm0.30. ape kos lepas ko kt cni sampai kena naik harga nih??????? xpuas ati betol r!

tp nk wat cmne. aku xreti nk wat buttercup, kan. so, beli je la. =( aku xsuka kenaikan harga ini! emo emo..


Malam

aku mls mau p terawih. hehehehe... tp xleh nk dok diam, so xcited nk wat kueh. actually, aku xtau sukatan. tp aku belasah je masuk ape aku suka. hahahahaah... aku wat cornflakes madu. mesti korang kata, tu pon susah ke? susah la sbb aku xtau sukatan, ok! abis sume harta nenek aku aku kuarkan sbb nk wat kueh. sgt berkobar2!

adunannya...


tadaaaa... dh siap!


masa aku wat adunan tu, aku rasa cm sgt byk je. tp bila dh siap, sikit je. =( aku ade pembantu, tau! sape lg kalo bukan en anis. hahahahaa... aku soka. nsb baik dia ade. aku kan pemalas. wat separuh dh mls. huhuhuhu... (meh la dtg beraya umah aku. leh rasa kueh aku. tu pon kalo ade lg r masa korg dtg tu. hahahahaaha)

xsempat kueh nk sejuk, aku dh kuar. p jumpa khairil & abg mi. (ops, abg man pon ade. tah dari mana tah dtg menyebok! serabai gila. erkkk!!!) lots to discuss! tp malangnya, aku still kena proceed. diorg nk suh gak aku abiskan keje aku. xpe la. kena all out r cmni. abis minum dh kol 12.15. ikot lak khairil g isi minyak. lampu kuning yg menggambarkan minyak dh nazak dh lama kuar! abis sume shell kt ampang ktorg p. most dh tutup. dia nk isi diesel pakai subsidi. aku cm bosan gila. apsal la ko nk isi pakai subsidi ni??? belasah je la isi pakai rate biasa, kan. upanya, kalo subsidi, 1 liter diesel = rm1.43. WAAAAA!!!!!! aku pon nk jugak! beza gila! kalo rate biasa, rm2.50. kalo aku pon, sanggop je pusing 1 malaysia cari yg stesen yg bukak lg.

tp sbb dh kol 12.30, sume dh offline. terpaksa gak dia isi pakai rate biasa. dia isi rm10. dpt 4 liter je! lampu kuning pon xilang! dasatnya harga minyak skang. selama ni aku xrasa sbb setiap kali isi, mesti rm50. mana nk rasa. rasa cm banyak r kan sbb isi banyak. wakakakaakaka.. (gelak sedih) apa2 pon, harga minyak petrol mmg cekik darah. tu la pengajaran yg aku dpt mlm smlm! (bukan ke pengajarannya jgn kuar umah sampai ke pagi buta sbb aku ni ank dara? aku pon konpius!)

p/s: aku sanggop ikot khairil sbb aku tau aku in safe hand. abg man ade gak offer nk anta balik, aku dgn tanpa memikirkan perasaannya telah menolak. aku xsanggop! nak balik dgn khairil jugak!!!



Wednesday, September 17, 2008

peristiwa peristiwa

aku dpt surat ni td. pelik sbb dari syabas & ade nama aku. ape yg aku dh buat? rupanya....


aku telah melaporkan paip bocor belakang opis aku. wakakakakakaka... penat aku gelak. haji suh frame, xkuasa aku!


Kematian

smlm ade kematian. jiran aku meninggal. kematian pertama utk aku hadiri pd ramadhan taun ni.. allahyarhamah ni kesian... suami dia tinggalkan dia, dia meninggal sbb kencing manis. anak2 masih kecil. smlm suami & madu dia ada. menangis. apa gunanya? menyesal dh xde gunanya! yg pergi tetap pergi. sblm pergi, kita menangis, xpe. dh pergi menangis, buang masa. aku sbg pemerhati pon rasa meluat. tp xkan nk p sound lak kan. dh la umah org. buang tebiat ke hapa kalo tetiba aku sound diorg. hahahahaha...

sblm ni, aku xleh p tgk org meninggal. aku tgk je, mst rasa sgt sebak walaupon yg meninggal tu tah sapa tah. (maknanya, xde kaitan dgn aku. hanya sedara seislam) kdg2, aku siap menangis. sedara mara org yg meninggal tu mmg akan memandang aku dgn peliknya! hahahahaha... mana2 aku dgr org meninggal, ade kelapangan aku mesti pegi. sbb aku dh diajar dari kecik utk melawat org meninggal. sblm ni sebak sbb teringat arwah abah. smlm, aku xrasa sebak pon. dh rasa biasa je. maknanya aku dh merelakan arwah hilang dari hidop aku. mengambil masa yg lama sungguh! hampir 4 tahun, & akhirnya aku pasrah.

biasa la.. setengah org dpt menerima hakikat dgn mudah. stghnya, mcm aku ni, mmg lambat. xkesah la. asalkan aku xsusahkan idop org lain, kan?


Nuzul Quran

nuzul quran taun lps aku cuti. masa tu still keje kt pandan indah. opis aku yg sengal tu, alamat kl, tp bab cuti nk ikot selangor. hahahahahha... hampeh betol! tp aku suka. byk masa bersenang lenang kt umah. dulu sgt menghargai masa cuti, sbb opis hour dari 830 pg sampai 730 mlm. balik umah, bum. trus tdo. xsempat nk update kan diri dgn isu semasa.

skang ni, asal 530 aku dh cabot. xtunggu dah. kecuali kalo ade hal2 mustahak yg perlu diselesaikan secepat mungkin. bln posa lak, kol 430 aku dh cabot. jln masih belom jem. tambahan lak, jam opis aku cpt 5 minit dri jam opis org lain, mmg best r!

arini, nuzul quran, aku keje. maklom la.. keje kt kl kan. kene la keje. ampang jem ini pagi. apehal ni? ampang kan selangor. apsal jem lak?? pttnya, xjem r. ramai tdo lg! mmg la sel cuti. tp ramai rakyat selangor keje di kl. sbb tu r... balai polis lak dlm selangor, selangor cuti. jd pakcik trafik pon cuti. kesimpulan: jln jem sbb xde pakcik trafik nk bukak extra lane. masa ni la aku rasa, alangkah baiknya ade pakcik trafik.=(

aku xkesh pon, cuti ke x. sama je pd aku. cuti pon bgn awl. xcuti pon bgn awl. sama je. kesimpulan: xde rasa ape pon. hehehheheeh... dtg opis, setelkan keje. esk ade presentation. huhuhu... cm nk putus usus aku kalo aku yg kena present! we'll see sapa yg kenaaaaaaaa...

aku rasa, jalan tar penoh ini hari. sbb selangor cuti, mungkin org selangor amik kesempatan p shoping raya. aku pon xshoping tudung lg ni. xpe la.. nxt week je la..

korang dh shoping ker??????

Tuesday, September 16, 2008

Bubur lambuk & ramadhan

Beberapa ari lps, aku terhengen sgt nk makan bubur lambuk kampong baru. bubur lain aku xnk. aku nk yg tu je! nk g amik, ramai org, mls nk berator panjang2. mintak tlg abg ateh, dia pon malas. (pandai kan aku mintak tolong org!) last2, mengidam je laa...

Smlm, ade org anta bubur lambok kampong baru. mcm yah ckp, xrugi berharap, kan yah! aku setuju! cm xsbr gile nk makan bubur lambok tu tau. aku cm dh leh bayangkan betapa sedapnya rasa bubur lambok tu. last aku makan masa aku sekolah dlu. lma gila kan?

masa tu, rasa dia mmg marvelleous. org sanggop berator lama sbb sedap, lg 1 sbb free. =)

pas selesai melantak nasik, aku dgn gelojohnya amik mangkok dgn sudu lak. maklom la.. nk makan bubur lambok, kan. aku letak sikit je. takot x abis sbb br pas makan nasik, kan.. aku sgt buruk lantak. hahahahhaaa....

malangnya, rasa bubur itu x seperti yg ku bayangkan. punah rasa! hampa, keciwa, dan sbgainya. rasa enak itu sudah hilang. diganti dgn tiada rasa. hahahahaah.. tp aku fhm, bulan posa ni sapa la nk rasa bila masak, kan. so, pasrah je la... lagipon masak dgn kuantiti yg byk, mmg kemungkinan terjadi begini sgt tinggi, kan.

walau cmne pon, impian aku dh tercapai, walaupon xdpt menepati selera. masih perlu bersyukur kerana mendapat bubur lambok itu..alhamdulillah....

Sejarah nama anda

Tetiap pagi, aku mesti tune ke Suria FM. aku suka dgr tuah zulqarnain dgn zizi bebel. kalo jumaat spesel sket coz ade kak V. best dgr diorg merepek. aku xsuka dgr stesen radio english coz aku xphm english. hahahahahaaha....

this morning, topik merepek diorg is "sejarah nama anda". ramai la yg call, bgtau cmne dpt nama, blablabla... aku mls r nk glemer2 ni. xsuka. aku kan low profile. lalalalaalalala....

apa ada pada nama? ada org sgt bangga dgn nama dia, ada plak yg sgt malu dgn nama sendiri sampai sanggop g tukar nama. mcm2 hal! tp, tu hak masing2, right? pada aku, aku suka nama aku. sbb nama aku unik. lain dari yg lain. nape unik? sbb selalunya, nama aku ni nama utk lelaki. selalunya tp xsemestinya, k!

kalo org anta surat kt aku, mesti dia letak - en. akashah. ade yg xnk ckp dgn aku sbb aku ni lelaki. sengal betol. ckp je la kan.. tu pon nk mengada2. kalo on phone lak, selalu org yg di sebelah sana akan sebut nama aku 2 kali utk kepastian. hmmm.. selalu gak yg akan kata, "waaa.. cm nama pelakon r." @ "waaa... cm nama penulis novel r." mcm2 r. yg pasti, aku xreti belakon, xreti tulis novel. baca novel je pandai. :-p

masa sekolah, aku penah tanya ustaz bahasa arab aku, ape maksud nama aku. kami pon bertongkos lomos bukak kamus arab yg tebal gile, yg mmg hanya ustaz je yg pakai, ank murid cm aku 100% xkan beli utk rujukan. =)

berdasarkan kamus tu, maksud word nama aku is penyayang or lembut, which i doubt. hahahahahaha... ustaz wat conclusion, nama aku xde maksud, hanya diambil dari nama sahabat nabi. frankly speaking, dari kecik aku xtau apa maksud nama aku. aku penah baca sirah nabi, berkenaan sahabat nama yg bernama akashah @ ukashah. lain buku, lain ejaannya.

aku dh xigt sgt citenye tp yg aku igt, nabi muhammad saw pernah sekali terpukul akashah. then, masa hampir kewafatannya, dia tanya la, sape yg dia pernah hutang ke ape ke, leh mintak balasan. so, akashah pon bangun & ceritakan perihal baginda terpukul beliau & sbg balasan, dia nk pukul nabi muhammad. nabi sgt tenang & bukak baju nk bg dia pukul. sahabat2 nabi sume dh nangis2, rayu supaya jgn pukul, diorg sanggop gantikan tempat baginda. tapi, baginda sanggop terima, sbb yg terpukul tu baginda, kan bukan diorg..akashah dah hayun tongkat nk cecah belakang baginda. sume dh nangis gila2, baginda pon dh tawakal. pastu akashah lepaskan tongkat & kata, macam mana la dia sanggop nk pukul nabi junjungan dia? terus dia peluk nabi muhammad saw...

moral of the story: aku pon xtau.


aku penah tanya nnk aku psl nama aku. upanya, yg letak nama aku, nenek aku. ade cite di sebaliknya. masa dia sekolah dulu, ade sorang budak pompuan ni. nama dia, akashah. cantik, pandai, putih. kira nenek aku kagum gile r dgn budak ni. aku xtau nape nnk aku xletak nama maksu aku akashah. sukati dia la kan. pastu, bile dapat cucu sulung, pompuan lak tu, dia pon bgi r nama akashah, dgn harapan, ade tempias dari x-schoolmate dia tu. ade tempias ke???? wakakakakaakakaka....

so, ape sejarah nama korang ek? share dgn aku, k!

Monday, September 15, 2008

presentation week

salam readers,

sori sbb xsempat nk update blog. aku kena siapkan power point coz this thursday got presentation for 1 of my client. bukan aku yg kena present (hopefully), tp my bos. reason aku yg kena wat power point is because aku yg wat repot aritu.

hope bukan aku yg kena present sbb kalo aku yg kena, kompom client ni xlulus jd franchaisor bwh skim pns. hahahahahahaha.....

aku de byk cite yg jd time weekend aritu tp sbb bz, aku akan tanggohkan. once i free, i'll update my blog,k.

apology.

Thursday, September 11, 2008

oh intenet

arini, aku masok opis dgn otak yg blank. xtau nk wat ape. dlm erti kata lain, aku cam dtg holiday je kt opis ni sbb umah aku xde ekon dgn intenet. boleh???? hahaaaha...

masuk je opis, on kan sume suis yg patot. dh on sume baru duduk. jengah jap ke modem. oh no! ade 1 lampu x blinking! alamat kurang baik. selalu kalo cmni, aku kena call tm, repot sket, baru ok. aku pon call. pastu, u know what, jawapan dari technicin tu,

"o, akaun awk ni inactive. sy xleh wat ape2 la."

inactive?mengapa terjadi sebegitu? kerana kami xbayar bil. baru igt dh beberapa bulan xdpt bil intenet. hmmm. mamat tu cek la balance..

"ade tertunggak rm182.50."

itu pon nk suspend akaun aku ke? apa daaaa. kejam betol! masa ni mmg xpuas ati. dh selesai becakap dgn mamat technician tu, aku pon call makcik aku. cite dgn penuh semangat. blablabla..

"xpe. nt kita p tm point,k" kesimpulan oleh makcik aku.

bereh... dia masuk je, ktorg pon ke tm point. poyo la kan tunjuk bil lama, sbb aku malas nk salin no akaun. konpiden ni aku bawak rm182.50. tetiba, mak ai, bilnya adalah rm592. alamak. cmne ni. aku dh la melenggang je ni. hahahahhaha... itu adalah tunggakan sebenar utk streamyx kami. ptt la kena suspended! yg rm182.50 tu bil tipon. ptt la sket. hahahahaha...

amik no, aku nk byr bil tepon je, sbb xde duit kan.. tetiba makcik aku kata,

"eh, streamyx pon nk bayar la"

"erk, ade duit ke?"

"ade ni"

alhamdulillah... kalo x, xleh la aku update blog arini. huhuhuhu... pastu nasib baik kol 1 dh activate. lalalalala... happy.

kawan2, mari ym dgn aku. hahahaahaha...(gelak sgt jahat!)

Wednesday, September 10, 2008

dbkl oh dbkl

smlm aku kuar opis kol 4.05 ptg. p bank dulu. bayar lhdn tax utk bulan ni. 1st payment. kaunter banyak, yg bukak 3 je. aku dok tgk jam je. maklom la.. nk balik,kan. lps je 430, kompom jem. so, kenala b4 or tepat2 4.30 cabot. alhamdulillah, urusan aku abis tepat 430. dgn langkah yg sgt laju macam org xpuasa je kekuatannya, aku bergerak ke kereta yg di parking di dpn pintu umah tumpangan.

"eh, kertas ape kt viper aku nih?"


cm dh boleh agak. hahahhaa... surat cinta dari dbkl. akhirnya aku kena saman. lalalalala... siap leh gelak sorg2 kt citu. baca kesalahan lak,

"halangan petak letak motosikal"

hahahaa... mmg betol pon. tu tmpt paking moto. tp sbb xde moto yg paking, aku paking la kete aku. tu pon nk bekira. kan ke "the best man win". dah moto sume lambat, aku cpt, aku la park dulu. betol kan palsapah aku ni? hahahahhaaha...

kompaun rm100. hhmmmm... lumayan gak dbkl arini. kalo xsilap aku, ade la 15 kete kena saman. dia dh dpt rm1,500. tu baru sehari. kalo tetiap ari dia rajin cmni, dh bape? waaaaa... dbkl kaya!

sampai umah, makcik aku call.

"eh, u kena saman x?dia tulis ape kt ketas saman tu? i pon kena la.tp i xtau dia tulis ape. sbb i baru pasan ni. ketas ade kt viper lagi. i kt jalan kuching."

hahahahaha... makcik aku yg dasat. leh xpasan ade ketas kt viper? adoi. tp bagus jugak. kalo melayang, leh wat bodo je. tp kang tetiba dpt surat suh p ziarah ke mahkamah. hahahhaaha.. hampeh je. kena bayar ke? malasnya saya nk bayar!!!!!!!!!!!!!!!

sapa2 leh tolong? tolong clearkan saman aku nih! plizzzz... help me. sbb arini aku dh insaf. aku masuk parking bayar rm3 sehari. tepaksa. :-( xmo la bayar duit raya kt dbkl. baik aku bagi kt ank yatim. hahahahaaha....

Tuesday, September 9, 2008

Bulan bermuhasabah diri

ramadhan kali ni best jugak. sbb mak ade kt umah. last year, mak xde (ye ke last year? aku dh lupa la...ke last 2 years ek????) . aku kena masak sendiri. makanya, tetiap ari ke bazar ramadhan. xkuasa aku nk masak!

nama saya bunga kantan.. saya selalu digunakan ketika memasak laksa...

saya juga sedap utk dibuat kerabu. pergh... saya sangat wangi!


ramadhan dah seminggu. setakat ni belum lg menjengah ke bazar ramadhan. byk faktor yg membuatkan aku x ke sana, antaranya:

1. gaji xdpt lg. hehehhhe..

2. kdg2, makanan kt sana xsdp pon..


3. aku akan rambang mata. semua nk beli... tp kang x abis!


4. aku malas.

kesimpulan: baik dok umah. hahahahaha...

weekdays, mak yg masak. weekend, aku kena tolong dia. sbbnya, dia xlarat nk masak. weekdays bukan aku xnk tolong. tp sampai umah kol 5 tu, dia dh siap masak. so, aku tolong makan je la..hehehehehe...

ahd lepas, aku terhengen nk makan blackpepper mushroom. tp aku xtau nk wat & xde resipi. tp nk makan jugak. so, belasah je la cmne pon. hahahhaha... masa kt k4, aku try gak cari blackpepper mushroom sos, tp xde yg boleh dipercayai. hanya ada yg berserabot dgn tulisan cina bersama tanda halal. aku xyakin. so, xbeli. hehehhee..

balik umah, aku belasah je keluarkan ape2 je bahan yg aku rasa akan menjadikan impian aku tercapai. akhirnya.. tadaa... tercapai sudah impian ku. lalalalaalala..


sajian hari ahad.. heaven...


close up.. blackpepper mushroom with vege and telor masin. best2...

alhamdulillah.. taun ni masih diberikan kesempatan utk berposa.. mudah2an umur kita masih panjang utk berposa lg taun dpn..

cumanya, aku kena berubah. aku sangat jarang bangun sahur. dh ramai yg tego. so, kena la bgn gak pasni, kan.. pahala sy xbyk lg... wat amalan yg sng pon malas. ape nk jd ni kasya?????????????? muhasabah harini, esk wat balik. hehehhehe... masih belum istiqamah.. wajib berubah. kubur makin memanggil, persediaan 0. bagaimana ini, wahai si pemalas??




Monday, September 8, 2008

Fish Therapy

Pagi smlm aku p umah tok ndak. OTW back, mak uda msg

"oit, aku igt nk p k4 satg. jom"

kebetulan aku headed ke umah, so ajk mak uda p skang. jmp kt k4 wangsa maju. tujuan mak uda ke sana sbb nk beli baju raya. aku lak, nk cuci mata. hehehehe...

swift...

pergh, nk masuk parking pon seksa. byk gile kete. so aku decide parking kt atas. xkesah la open ke ape ke, asalkan aku leh msk k4. lalalalala... jejak je kaki dlm k4, wah!!!! byknya baju kurung. lawa2 lak tu. hmmmm.. dasat ni! pusing2, aku nmpk ade 1 baju ni, pergh cantek gile. tapi harge, alaaaaaa...mahal sgt. rm259. kensel.

pusing2 k4 dgn mak uda. tetiba aku bekenan dgn 1 baju ni. alamak alamak.. aku dh ade 3 baju ni. cmne ek? tapi cantekkk.. memaksa otak utk berfikir, akhirnya aku p atm nk cucuk duit. tewas! atm pon penuh. ade macam2 bank. maybank & cimb ade 2 bijik mesin, rhb, am dgn ape tah 1 lg tu, ade 1 mesin. sume kena queue up. hhmmm... hebat betol penangan raya nih. hahahhahaha...

pas cocok duit, lalu dpn nagoya. owh, ade fish terapy. antara kebaikan dia, menghilangkan toksin, melembutkan kulit kaki, lagi ape tah. aku dh xigt. ikan2 tu adalah ikan import. wah!!! bangga ni ikan import nak makan toksin aku. hahahahahah....tetibe aku jadi teruja utk mencuba. hehehehhe... lgpon harga dia cm ok. RM10 - 15 mints. okla tu. ajk mak uda wat sekali. hehehhe.. sbb aku sgt mengada2 nk wat, dia pon ikot je la..

namun demikian, masalah bermula. ktorg x berani nk masukkan kaki dlm air tu. hahahahaha... excited je lebih. beranikan diri utk masuk, ya allah!!! geli gile! dgn kepantasan kami menarik kaki keluar. siap menjerit mcm tengah terapi kt umah sendiri! hahahahaa... geli sampai aku dgn mak uda mengalirkan air mata. seryes mmg geli! sbb ktorg menjerit2 cm org ilang akal, kami telah menarik ramai org berhenti melihat aksi bodoh kami. hahahahaha...secara tidak langsong, kami telah membuat promosi percuma utk kakak tu.



pastu ktorg tahan gak kaki dlm tu. kerumun2 ikan dtg. tahan je. cm nk kejang badan aku ni! utk mengalihkan tumpuan, aku borak2 dgn mak uda. tp aku xleh tahan bila ade sekor yg sebok nk gigit tapak kaki aku. aku sepak dia. hahahahaha... nasib baik aku xpijak.

cm xbest je ktorg wat tp xajk mak dgn anis. so, aku pon call anis suh dtg. setelah merasuah dgn aku sanggop membayar kos anis masukkan kaki, dia pon setuju. hahahahaa... anis masukkan je kaki, sume ikan terus melupakan ktorg & p kt dia. hahahaha... tu maknanya, dia byk toksin. dlm kolam kecik tu, aku sekor ikan dh mati. kakak tu kata, sbb terlalu byk makan toksin. xtau la betol ke x. hehehehhe...

sangat geli, ok!!!!

abis je time ktorg, terus p beli baju kurung. aku pon beli selai lg. adeh. melampau la plak raya ni. byk lak baju aku beli. hmmmm.....pasni kena carik tudung lak. hmmm... dh rasa nk kopak ni. heheheheheh...

Friday, September 5, 2008

upin & ipin


i can't wait to watch this katun. aku tgk musim pertama kt youtube. mmg best. so, ni ade musim kedua. jumaat-ahad, kol 7 mlm kt tv9. tgk tau!

solat terawih @ tawarikh

smlm cm biasa aku ke masjid. nk menunaikan solat terawih yg dtgnya setahun sekali sahaja. aku hanya mampu wat 8 rakaat.. bukan xlarat, tp pada aku, wat setakat termampu. mampu dari segi kekusyukan. aku yakin kalo wat sampai 20 rakaat, hanya jasadku yg tonggang tonggek. roh sudah melayang keluar. (agak dasat perumpamaannya) tapi itula hakikat diri aku. sdgkan wat 8 rakaat pon aku asik menguap, idong berair, asik sokseksoksek, mengganggu kusyuk org sebelah, baikla aku undur diri... ku pasrah. hehehehehe..

aku kagum melihat nenek2 yg datang. sanggop mengabiskan sehingga 20 rakaat temasuk nenek aku. walaupon dia skt pinggang, tetap dipaksakan diri menunaikan solat sampai ke 23 rakaat..asal x memudaratkan diri, okla kan...yg muda2, abis 8 rakaat, cabot. maklom la.. esk keje (alasan basi).ade yg wat witir, ade yg terus blah. mungkin nk sambung terawih dirumah.. segalanya berkemungkinan..

aku bergerak ke belakang..duduk menjadi pemerhati. pelbagai ragam aku nmpk. antaranya:

1. kebanyakan saf putus. mungkin dh jd habit kot. sume suke kawasan luas2. nk tego, dh tua. maklom la.. sumenye baya nenek aku. sudahnya, tgk je laa...

2.ternmpk sorg akak ni. pakai telekong jarang. ku amati, upanya pakai singlet je. adoi.. cmtu ke pakai dtg umah Allah ni. malu saya...

3. budak2 memekak, menjerit, melolong tanpa dpt dikawal. adeh.. aku br niat nk p tego, sume dh blah. cm phm2 lak niat aku diorg ni. hmmm...

4. sorg dak laki, umo 20++ ke hulu ke hilir siapkan makanan utk moreh.. bgs! teringat masa aku sebaya tu dlu, kawan2 laki yg penah ngaji sama2 dgn aku mmg rajin siapkan moreh ni. skang sekor pon dh xnmpk muka. mungkin dh pindah, mungkin masih di opis (bukan ke bulan posa opis tutup awl??), mungkin masih di rumah kerana dh jd ular sawa.. segalanya berkemungkinan..

imam start witir, aku pon masuk saf balik. hehehhehe...abis witir ade tahlil. xpenah aku tunggu. cabot balik je. lalalalalaa....moreh pon x amik.. bg la yg tunggu sampai abis kan.. sian lak kalo aku rembat makanan tu..putih mata mereka..hahahahaaha...

Wednesday, September 3, 2008

Balik kampong

Sabtu sampai Isnin lps aku lik kampong. bukan saja2, jauh sekali sbb nk sambut posa kt kampong. tp balik sbb temankan mak uda aku. dia bru dpt kete, so kena la blk kampong tunjuk kt tok sedara & makcik pakcik aku.. aku ni fungsi as peneman je. lalalala..

kebetulan lak merdeka & 1st posa. so, ni la 1st time aku sambut posa di kampong. selama ni kt kl je. xpenah ade niat nk sambot kt kampong. harus aku akui, aku mati kutu di rumah org. i hv to behave myself. or else, my mak will scold me! hate that situation!

sblm sampai kampong, kena singgah umah pakcik & pak ngah. wajib sbb makcik dh masak. ok la kan.. makan free. hehehhe... lgpon mmg nk ke umah diorg tgk ank pakcik & cucu baru mak ngah.. sampai kampong kol 3 lebih.. kol 6 ke pasar malam. ni yg aku suka lik kampong. leh p pasar malam dgn tujuan nk mengabiskan duit aku. lalalaalala... aku beli tudung selai. jadi la.. gaji xdpt lg so xleh soping cm org yg ade byk duit. kena berjimat ini bulan. coz opis xdpt payment lg. so sad. :-(

mak tgh pegang anak pakcik.

budak ni sgt comel. aku rasa nk cubit2 je. ni anak saiful, sepupu aku. dlm erti kata lain, ank sedara aku. dah 9 bulan tp xleh jln lg. dia mls nk belaja jln. hmmmm...


ni lak anak kak eda, kakak saipul. kecik gile budak ni. menakotkan utk dipegang. tgk tgn dia, xpakai glove sbb kalo pakai mesti tekeluar. tgn kecek sgt..


pagi ahad, pas suboh, toksu p beli bekfes. guess what? dia beli nasik lemak peberet aku. best2. tiap kali aku lik kampong, mst nk makan nasik lemak ni. simple je. dlm dia ade kari udang dgn kacang panjang. pergh! gila sdp r. aku makan 4 bungkus. hahahahahaa..

nasik lemak peberet aku

saje nk try mee sanggol. xsdp.

try nasik lemak sotong. kecik je nasik lemak dia. lupa lak, sume nasik lemak, harga dia 50 sen 1. murah gile. lalalaala...

nama saya kuih abuk2. rasa saya, boleh tahan. hahahahaha

my peberet gak

bangga tgk budak2 ni jln2 bwk bendera. masih tebal smgt merdeka diorg. beza dgn kt kl.. aku pon mlm merdeka tdo je.. xkuasa nk tahan mata. hehehehehe

warga emas

pastu, aku dgn bersungguh2 ajk mak uda ke penang. xde arah tujuan tp nk kuar je. dok dlm kete pon jd la. hahahhahaha... kami pusing2 penang. kami xtau jln sbnrnya. tp sanggop nk kamikaze. heheheheh..ke penang lalu jambatan, balik naik feri. best2. 1st place, bukit bendera. malangnya, cable car dia under maintenance. hampa ! lunch lak kt padang kota lama. tp sad sbb xbyk kedai yg bukak tghri nih..& makanan dia cm biasa je. xde la sdp sgt.

char kueh teow ni ade 3 ekor udang. harga dia, rm8 sepinggan. hmmm.. xde la sdp sgt pon!

abc-rm2.50

pasemboq - rm9. xsdp.

copilot in the car. lalalaala..

feri

komtar (xtau la betol ke x. hehehehe)

tgh tunggu nk turun dari feri

malamnya p masjid. ni la 1st time aku jejak kaki ke masjid kt sg bakap ni. mmg xpenah dtg. masjid lama. xde la besar sgt. jemaah ramai. maklom la.. semangat tgh berkobar2 nk wat ibadah, kan. 1st lak tu. hehehehehe...