Soalan; Bolehkah puasa qada dilakukan bersama puasa sunat iaitu, Qada Ramadhan dan juga puasa sunat, contohnya puasa sunat enam yang mana niat qada ramadhan dahulu diikuti dengan puasa enam, contohnya "Sahaja aku berpuasa esok hari, Qada Ramadhan and puasa sunat enam kerana Allah Taala"?
Jawapan;
Ya. Harus diniatkan sekali. Namun jika mampu memisahkannya –yakni melakukan puasa secara berasingan- itu yang sebaik-baiknya. Apabila berlaku pertembungan antara puasa Qadha dan puasa enam, kita boleh memilih seperti berikut;
a) Yang terbaik ialah kita menyelesaikan dahulu puasa qadha, kemudian diiikuti dengan puasa enam.
b) Jika kita tidak mampu puasa kedua-dua sekali dalam bulan Syawal, harus kita mendahulukan puasa enam di bulan Syawal, adapun puasa Qadha kita lakukan pada bulan-bulan lain.
c) Jika kita tidak mampu berpuasa kedua-duanya secara berasingan, harus kita meniatkan kedua-duanya dalam satu puasa. Malah sebahagian ulamak berkata; jika seseorang berpuasa dengan niat qadha dalam bulan Syawal, otomatik akan dapat untuknya pahala puasa enam sekalipun tanpa ia meniatnya kerana yang diperkira ialah wujudnya sebarang puasa dalam bulan Syawal itu.
Susunan di atas adalah mengikut keutamaan. Yang paling utama ialah pilihan (a), diikuti (b) dan seterusnya (c).
*pendapat aku: dah bertaun2 aku pick (c). sbb aku tau, aku xkan mampu nk pick lain2 option. Islam itu mudah, jgn disusahkan hanya kerana terdapat sedikit kegusaran. ramai org terlepas peluang cmni sbb diorg igt, kena posa 6, which is posa sunat dulu, baru qada' posa.. mungkin sbb tu kot ramai yg tunggu saat2 akhir baru nk qada' posa. wallahua'lam.
aku pikir cmni, qada' posa = wajib. posa 6 = sunat. so, buat yg wajib, dpt la pahala sunat. itu pon susah ke? walaupon sgt ramai yg kata xleh combine 2-2 posa, aku xpenah peduli sbb aku tau, aku betol. kejam x? hahahhaahha (gelak jahat)
so, pasni, meh la kita qada' posa dlm bulan syawal, insyaallah, kita masih dapat pahala kerana berposa di dalam bulan syawal.lagipon, clausanya hanya menyebut: berpuasa 6 hari di bulan syawal: xde lak dia kata wajib ke sunat, so, paham2 sendiri r kan...
hopefully, taun ni xde la tunggu di saat akhir baru nk abiskan hutang posa tu ye!
No comments:
Post a Comment