SOALAN:
Saya mempunyai kemusykilan berkaitan solat witir selepas  mengerjakan terawih. Seperti yang saya fahami Witir itu adalah penutup segala  solat. Justeru setelah selesai mengerjakan terawih di masjid biasanya kita akan  meneruskan dengan witir. Maka sempena bulan ramadan ini saya berazam untuk  bertahajud dan membuat solat hajat ditengah malam namun saya telah mengerjakan  solat witir selepas terawih di masjid.
Adakah solat sunat saya ditengah  malam itu dikira sah atau diterima amat mengelirukan saya. Bolehkah ustaz  menerangkan kemusykilan saya ini.
sekian terima  kasih.
Wa'alaikumsalaam Wr Wb
JAWAPAN:
Ini lah yg ramai  orang keliru, keliru besar, baguslah saudari tanya. Kalau selepas kerjakan witir  immediately selepas tarawih, kemudian pada masa tahajjud saudari hendak solat  malam, saudari kena "membuka" semua solat sunnat yang sudah  ditutup.
Kalau tak buka, maka sesia sahaja lah solat sunnat malam  saudari. Sebab witir dah tutup "acara" solat sunnat kita sepanjang  hari.
Ini adalah satu masalah yg sepatutnya dihuraikan oleh imam-imam  atau ustadz ustadz yg melakukan solat tarawih, malang tidak.
Cara  membukanya ialah dengan pertama sekali saudari solat 1 rakaat mutlaq atau dengan  niat untuk "membuka atau membatal" witir yang sudah dilakukan. "Membatal atau  membuka" semula solat sunnat tidak bererti solat witir saudari semasa selepas  tarawih tiada pahala, ada, dont worry.
Jangan risau pasal niat, niat itu  gerak hati, just lakukan 1 rakaat sunnat mutlaq, kerana niat saudari untuk buka  semula solat sunnat.
Selepas solat 1 rakaat, kemudian boleh saudari solat  tahajjud berapa banyak yang mampu, kemudian saudari tutup semula solat malam  tadi dengan solat witir, solat witir paling sedikit 1 rakaat dan paling banyak  11 rakaat.
Sampaikanlah kepada mereka yang tak tahu atau masih jahil  tentang masalah ini.
Satu lagi masalah ialah orang yg tidak solat ba'diah  Isyak tetapi tunggu solat tarawih atau nak buat solat tarawih.
Perlu  diingatkan bahawa solat 2 rakaat ba'diah (selepas) Isyak adalah rawatib  muakkadah, yakni Nabi S.A.W. tidak pernah tinggalkan hatta dalam peperang atau  musafir, apatah lagi mukim.
Menurut ulama, 2 rakaat ba'diah Isyak lebih  pahala dari 8 atau 20 atau 36 rakaat tarawih, sebab solat tarawih adalah tidak  muakkadad.
Bersama-sama lah kita beramal bersesuaian dengan ilmu dan  sunnah Nabi S.A.W.
Harap  maklum.
Wassalaam.
~aku xtau dari mana sumber ni @ sapa ustaz yg menjawab.. aku dpt dari email... kalo ada percanggahan pendapat, sila maklumkan pada aku, k... sama2 kita berkongsi ilmu..
 
1 comment:
time kasih atas info ko..
aku pon selalu konfius pasal benda alah nih..
so means selama nih macam sia2 jelah solat hajat or tahajud after witir tuh ek..
kenapa la tak diingatkan kita masa solat terawih ek..
ish..ish..
Post a Comment