Showing posts with label deen. Show all posts
Showing posts with label deen. Show all posts

Thursday, March 18, 2010

Aib

Ape ade pada aib? mcm2 ada. Islam menggalakkan kita menjaga aib sesama muslim. bila kita menjaganya, Allah janji akan menjaga aib kita pulak.

tp, aib yg perlu dijaga bukan kerja senang. aku sbg manusia, ringan je mulut nk cerita aib org. tp xnk org cerita aib aku. falsafah mana aku pakai???

apa2 pon, aib adalah amanah utk kita jaga. kerja susah.. oh.. kalo xnk org cerita aib kita, jgn buat benda yg boleh mendorong ke citu.. bantu org lain jaga mata, hati & pahala mereka.. bukan ckp utk org lain, tp utk aku. kdg2 bila berfikir menggunakan hawa nafsu, tanggung la aib yg mendatang.. astaghfirullah..

benda yg paling susah - memegang amanah.. akan dihitungkan di akhirat. byknya dosa saya!!!!!!!

*****************

nota kaki:
aku tgk tb1 - pertandingan akhir adik2 ku. sgt menarik. adik2 ade mentor yg asah utk jd da'ie(pendakwah). semua pandai & petah berpidato. very good. audience pon ramai. salah seorgnya agak kurang penglihatan. tp menarik berpidato. lentur buluh dari rebung betol! terbaek!

pemenangnya dpt pakej umrah. oh... sgt jeles ok! hohoho.. tahniah dik..dpt lg duit mcm2 dlm bentuk akaun simpanan.. err.. bukan ke budak2 xelok pegang duit byk2? meh hire akak manage ur money. akak ade degree in acctg. sengal. hahahaha..

Tuesday, March 9, 2010

Salam

Memberi salam: sunat
Menjawab salam: Wajib

Keadaan2 yg tidak wajib menjawab salam:
  1. Salam yg diberi oleh imam setelah selesai solat
  2. Salam yg diberi utk mempermainkan syiar
  3. Salam yg diberi oleh bukan Islam
  4. Salam yang diberi selepas mengucapkan perkataan lain

Monday, December 28, 2009

halal & haram

skrg ni sume org makin sensitip dgn status halal barang yg dimakan. bagus la kan? kita kena hati2 dgn apa yg kita makan... sbb stp makanan akan jd darah daging kita..

dlu halal development corporation (hdc) yg akan kuarkan sijil halal. pastu bg balik kt jakim.. buat cm bola lak ek.. hhmm...halal & haram ni sng je.. tp susah nk laksanakan..

smlm aku beli baked beans. dh beli baru tehegeh2 nk cek status halal. so, aku pon masok la website jakim. key in the bar code, alhamdulillah.. halal & sijil masih sah. pastu aku pon start pk nk cek lain2 barang makanan yg ada kt umah aku. aku start dgn sardin ayam brands.



kenapa sardin? sbb kblkangan ni inbox aku byk sgt dpt email psl status halal sardin. siap ada yg kata sardin ni boh daging katak bg sedap, wallahualam.. nk announce ni, aku mmg xmakan sardin. harap maklom! aku pon cek la status halal dia..



surprisingly, sijil tamat tempoh on 15 july 2009. what the heck??? ape pendapat korang?


Monday, December 15, 2008

STATEMENT BERANI MATI!!!

ni statement2 dari bijak pandai di Malaysia. any comments????? most of them Melayu yg berkemungkinan beragama Islam. dasyat kan pemikiran diorg??


"“Mungkin SERBAN PARA MUFTI TERLALU KETAT maka sebab itu TIDAK CUKUP OKSIGEN untuk menyerap KE DALAM OTAK MEREKA. Mereka tidak berfikiran waras… Dari semasa ke semasa PARA ULAMA TIDAK PERNAH GAGAL untuk mengemukakan PANDANGAN YANG TIDAK MASUK AKAL DAN BEBAL.”

(Akbar Ali, Now The Mufti Blame Hindi Film, The SUN, 21 FEB 2001)

“Oleh itu persoalan yang perlu dilihat oleh masyarakat hari ini bukanlah sama ada poligami patut dibenarkan semula untuk diamalkan di sisi undang-undang sivil bagi bukan Muslim, tetapi sama ada IA PATUT DITERUSKAN DI SISI UNDANG-UNDANG ISLAM.”
(Sisters In Islam, Islam Did Not Invent or Encourage Polygamy, 10 Jan 2002)

“Nabi dilihat oleh penganut Islam awal SEBAGAI KETUA SUKU dan ramai daripada mereka yang menyokongnya berdasarkan kepada semangat asabiyyah atau kesukuan.”
(Dr, Farish A. Noor, The Myth Surrounding the Islamic State, NST, 1 DEC 2001)

“Nabi sendiri dalam konteks sejarahnya adalah seorang pemimpin suku, dan kerana itu ketaatan awal kepadanya diberi kerana dia adalah pemimpin suku yang lebih terserlah daripada pemimpin agama… ISLAM adalah suatu wacana dan sebuah wacana adalah terbuka, BOLEH DICABAR dan plastik…”
(Dr, Farish A. Noor, Intellectual Provocateur, The Edge, 3 DEC 2001)

“Nabi diketahui telah mengadakan hubungan seks dengan 15 orang wanita termasuk seorang gundik bernama Raihana yang tidak Islam sehingga ke akhir hayatnya.”
(Farish A. Noor, Let Islam Lead Way With Its Progressive View On Sexuallity, NST, 4 NOV 2000)

“Al Quran mengiszinkan seseorang menjadi murtad dua kali dan kemudian kekal kafir… TIDAK ADA HUKUMAN APA JUA SEKALIPUN yang dinyatakan ke atas orang murtad selain daripada janji Tuhan yang tidak akan mengampuninya atau memberinya petunjuk kepada jalan yang lurus. Inilah janji Tuhan. Inilah undang-undang-Nya.”
(Akbar Ali, Death For Apostates Unjust, The SUN, 4 JULY 1999)

“Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan.”
(Dato’ Seri Najib Tun Razak, Utusan Malaysia, 20 APRIL 1993)

“Menjadikan selain Kitab Allah (iaitu Hadis) sebagai sumber undang-undang, yakni menduakan sumber kuasa samalah dengan menyekutukan Tuhan.”
(Kassim Ahmad, Utusan Malaysia, 1 JULAI 1988)

“Jika al-Quran Perlembagaan, mengapakah Nabi Muhammad menggubal Perlembagaan Madinah dalam pembangunan negara Islam yang pertama di Tanah Arab dulu?”
(Dato’ Haji Dusuki Ahmad, Utusan Malaysia, 22 SEP 1984