minggu ni, tanyalah ustaz membincangkan tajuk menarik - pengurusan jenazah. fardu kifayah, bukan fardu ain. sbb tu ramai yg kata, ko buat, aku xyah. bgs la cmtu, kan? ko mati nanti, uruskan sendiri. hahahaha..
yg lg menarik, ustaz yg dijempot adalah dato' abu hasan din. aku terasa teroknya diri ini, kerana nk dgr ceramah agama pon, aku pilih ustaznya. ye laa..dh byk kali aku dgr ayt cmni,
"eh, smlm, ustaz yg baru lps blaja tu ckp, begini begini..lain yg kita belaja dlu."
aku mmg xsuka ayt cmni. aku menghormati seseorg yg bergelar guru agama. tetapi, jika yg diajar adalah berlainan dari guru lain, must be something worng somewhere! kena jaga2 la..nk berguru, jgn main ikot je. dgr ajarannya, fikir sedalam2nya. yg leh ikot ajaran sesat tu sume, sbb main belasah je. dgr org tu ckp pelik sket, dh pecaya..
tp, dato' abu hasan din mmg leh pecaya. aku seru kita sume dgr ceramah dia. kompom xakan menyesal. padat dgn ilmu. kagum aku dgn dia. dh la adik beradik sume arif psl agama.
menyentuh mengenai pengurusan jenazah, mmg kurang yg nk mendalaminya. termasok aku. dulu masa sekolah, bukan xde kelas pengurusan jenazah. ada. tp aku yg tiadakan diri aku dari kelas itu. hahahahaha..aku igt lg, wani dgn salwa attend kelas tu. sbb diorg BADAR. alaa..yg jaga ibadah ni la. aku, tdo je kt dorm. hahahaha..
skang, mmg aku teringin nk blaja pengurusan jenazah. insyaallah, 1 masa nt, aku akan blaja gak.
pengurusan jenazah plg sempoi, solat jenazah. tanggungjawab kita yg masih hidup utk menunaikan solat jenazah ke ats jenazah yg telah dipanggil mengadap Allah. kt malaysia, jarang2 kita tunaikan solat jenazah. sbb bukan setiap masa dlm kariah kita ada org meninggal dunia. comparing kt tanah haram, setiap masa ada jenazah. mmg terasa rugi kalo xdpt tunaikan solat jenazah. sbb tu ramai yg bercita2 utk meninggal kt tanah haram. ramai yg akan menunaikan solat utk kita. aku pon ada cita2 cmtu. kalo Allah nk kabulkan, alhamdulillah.. kalo xnk, redha je la mati di mana pon kan.. semuanya tetap bumi Allah..
btw, jgn lupa tgk tv9, sabtu & ahd kol 7-8 pg, k..
No comments:
Post a Comment