Monday, January 12, 2009

tanyalah ustaz

di pagi sabtu yg hening, yg mana aku mmg xkeje arini, aku berniat utk meneruskan marathon tdo aku. namun, kerana kedengkian bunyi tv yg dipasang oleh nenek aku tersangat la kuatnya, terbantut tdo aku!

mmg kebiasaan mak tgk tv pagi2 sbb ada byk kuliyah agama. aku ni standard r.. byk sgt setan dlm badan. telah menutup pintu ati aku & tolong mengotorkan ati aku. (alasan bangang)

tp, ada sesuatu yg menarik pg ni. tanyalah ustaz membicarakan masalah solat. ahli panel lak, dato' abu hasan din. mmg ustaz yg bagus! thumb up 2 ustaz..

spt yg kita tau, assolatu imaduddin. faman aqa maha, faqad aqamaddin..faman tara kaha, faqad hadamaddin..maksudnya, solat tiang agama. sesiapa yg mengerjakannya, dia mendirikan agamanya, sesiapa yg meninggalkan, dia merobohkan agamanya. allahu akbar. besar betol peranan solat dlm kehidupan kita.

solat ni pd aku sgt berat. kenapa berat? sbb kita xleh suka2 nk solat. ada byk rukun & syarat sah solat yg kita kena belaja. barulah dpt solat yg sempurna. aku mengaku, solat aku xsempurna. & aku xnk masa mengadap Allah nt, kosong je timbangan solat aku. pnt aku tonggang tonggek. apa pon xdpt..nauzubillah.. jauhkan la kejadian tu dari kita semua..

macam2 info berguna yg dpt kita amalkan utk dptkan solat yg berkualiti. kalo xsempat tgk, leh melawat www.tv9.com.my, cari program tanyalah ustaz, leh la tgk ye.

aku pon dh praktikkan ape yg ustaz ckp. maklomla..selama ni main belasah solat je. kali ni baru la tau cmne sujud yg betol. kalo x, sesia je aku tonggang tonggek. antara yg aku leh kongsikan:

1. masa sujud, ada 7 anggota yg perlu berada di ats tikar sejadah - dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut, kedua kaki. bukan sekadar jari, tp kena tekan sampai tapak kaki pon cecah sejadah.
2. utk musafir, hari pergi & hari pulang tidak dikira. maknanya 3 hari yg diperuntukan adalah selama kita bermusafir di tmpt itu. camtu hari pergi & hari pulang = 5 hari.
3. cara solat baring & meniarap.
4. jika imam batal, apa tanggungjawab makmom, esp yg dok belakang imam.

ramai yg call, tanya benda merapu. antaranya:

A: ustaz, betol ke, kalo kita tinggalkan solat, kita xboleh solat sunat?
U: bukan xdigalakkan. tp, seelok2nya, abiskan la qada' solat yg kita tinggalkan. apstu baru la wat solat sunat. tp solat sunat spt rawatib, taubat, wuduk, tasbih, tahajud, hajat & lain2 lg tetap digalakkan utk dibuat.
*kalo salah, maaf ye. aku dh lupa. pastu x rewatch lak kt web tv9. sori.

A: betol ke, tinggal 1 solat, kita kena byr rm1.50?
U: ha???
*yg ni aku xlupa. sbb memang merapu gila soalan dia.

kutiplah ilmu sementara kita masih berupaya utk mendengar, melihat, belajar & mengamalkan. bila tiba perjanjian Allah utk menarik segala nikmat yg telah diberi, xde gunanya kita bersedih hati. bersedih la sekarang kerana amalan masih xseberapa & malu nk mengadap Allah kerana kita xlaksanakan tugas & tanggungjawab sbg hamba dgn sebaiknya..

"tidak Aku ciptakan manusia melainkan utk beribadat kepada-Ku"



notatangan: tanyalah ustaz, tv9, kt remote astro tekan 119, jumaat - ahd, 0700-0800. kedekut betol! sejam je dia bg. wat la 2 jam. byk sket leh tanya!

No comments: