Saturday, August 29, 2009

tinggal 1 paper lg

alhamdulillah... dh lepas 2 paper. managerial economics & management accounting.. kalo tanya aku, mmg aku leh jwb. tp xtau la jawapan aku betol ke merepek je. hahahhahah....tinggal 1 lg paper esok. td ncek baharin ajak bukak posa.. tp maaf la xdpt memenuhi ajakan buka posa beramai2 sbb aku nk siapkan asgmt teori portfolio sebelum membaca buku utk exam esk. hahahhaah...
selamba je saya x abis baca buku lg. mau mati kah????blogger-emoticon.blogspot.com

after kol 3 esok, merdeka la aku utk sem nih. leh la concentrate wat kueh raya lak. barang2 dh beli. tinggal nk wat je.. hahahahha...

semester ni menemukan aku dengan kawan2 baru yg best. 1 kepala sume. huhuhuhu... hopefully next sem pon dpt membe2 yg best lg.. insyaallah..

aku cam rindu kt org... xtau org rindu kt aku ke x...hhmmmm....blogger-emoticon.blogspot.com

kawan2, doakan la aku leh jwb esk.. huhuhu...

Friday, August 28, 2009

Cerita Ramadhan

Didalam perut manusia terdapat 3 rakan karib yang selalu berkerjasama dalam melakukan kerja harian , mereka ialah Enzim, Asid, dan Bakteria. Manakala didalam paru-paru pula, Alveoli merupakan komuniti terbesar yang bertugas membuang karbon dioksida dan membekal oksijen. Mari kita belajar sesuatu dari kisah kehidupan mereka sepanjang bulan Ramadhan.


Hari itu, kira-kira jam 5 pagi, si Asid tiba-tiba tersedar dari tidurnya apabila melihat sesuatu turun laju dari atas. Dia terkejut melihat nasi bercampur ayam goreng yang tiba-tiba masuk kebiliknya sebelum waktu subuh . Apabila ada makanan, maka bermakna mereka diarahkan berkerja oleh tuannya yang bernama manusia.

Lalu si Asid menjerit mengejutkan dua rakan karibnya. “ Oiii Enzim, Bakteria…..bangun, bangun!. Enzim dan Bakteria terpinga-pinga. “ Apahal ni Asid, pukul berapa ni?, tanya Enzim pada Asid. “ Pukul 5 pagi, tuan kita ni tiba-tiba je hari ni suruh kita berkerja”, jawab si Asid bersungguh-sungguh.

“ Alamakkk, apahal pulak tuan kita ni, selalunya shift keja kita mula kita 8 pagi, hari ni pulak kerja awal, mimpi apa bos kita malam tadi, leceh betullah”,Bakteria menyampuk dan mengeluh.


Dalam keadaan terpaksa mereka bertiga melakukan tugasan masing-masing. Bertugas dalam keadaan tergesa-gesa dan jarang dilakukan pada waktu begini. Enzim dan Asid masih merungut-rungut.

Menjelang jam 2 petang, mereka semakin hairan apabila tuannya tidak menyuruhnya berkerja. “ Eh, kenapa tak ada makanan masuk ye, tadi jam 10 pagi tak ada jugak, tuan kita ni tak ada duit ke?, keluh si Asid.

Tiga jam kemudian, si Asid mengeluh lagi, “ Wah, lama betul kita rehat hari ni, air kosong pun tak masuk, jom kita relak dan menyanyi! Mereka bertiga pun menyanyi dan menari. Masing-masing mengutuk antara satu sama lain kerana suara sumbang mereka. Lagu yang tiada irama dan tiada melodi. Kriookk, kreekk, krukkk. Kata si Enzim, “ Kita mana tau lagu lain, dari kecik lagu ni je yang kita tahu!

Jam sudah menunjukkan hampir 7.30 malam. Tiba-tiba Asid menjerit kuat. “ Tolongggg, tolongggg….. “ Apahal kau ni Asid!, sergah Enzim.

“ Kau tak nampak ke tu, bermacam-macam makanan dan air masuk dalam bilik kita ni. Tadi kita seronok tak ada kerja. Kalau banyak macam ni, 6 jam pun tak abis kita kerja malam ni, bos kita dah tidur tapi kita masih berkerja”, kata Si Asid dengan muka berkerut. Bakteria kaget dan terdiam.

“ Ya lah, ada macam-macam makanan ni, selalunya nasi je, tapi ni ada mee, rojak, karipap. Eh, cendol pun ada”, keluh si Enzim.

“ Betullah, air pun ada dua tiga warna ni, mandi lencunlah kita. Bahaya ooo, ini air pewarna. Malam ni kita kena overtimelah”, sampuk Bakteria. Dia terus merungut dan mengomel, dia terus bersyarah, “ Tapi tak pa, bos kita paksa kita kerja lebih masa, nanti aku pulas usus dia, aku keluarkan gas, nanti kita tenguklah, bos kita akan lama mencangkung dalam tandas, lembiklah dia lepas tu, silap-silap waktu maghrib pun abis

Esoknya, kira-kira pada waktu yang sama, Si Asid menjerit lagi, “ Bangun-bangun! Kita kerja awal lagi hari ini”. Bakteria tersedar dan berkata,” Ooooo…kau orang lupa ke, semalam kita kerja awal, hari ni pun kerja awal, maknanya dah masuk bulan puasalah, bulan Ramadhan”. Asid dan Enzim angguk tanda setuju.

“ Aku nak SMS kawan kita yang lain, nak tanya khabar mereka”, kata Asid. Mereka bertiga terus berkerja pada pagi itu sambil merungut-rungut kerana tidak biasa berkerja pada waktu begitu .Dan seperti Ramadhan yang lepas, biasanya mereka mengambil masa seminggu untuk menyesuaikan diri dengan rutin baru ini.

Tiba-tiba Asid bersuara, “ Kawan kita yang bosnya selalu pergi masjid tu dah jawab SMS. Dia kata dia dah biasa kerja awal pagi ni. Paling tidak sekali dalam seminggu. Dan dia kata, waktu bosnya berbuka puasa, tak banyak makanan, biasa saja dan tak perlu buat overtime. Tak macam kita, bilik kita macam tong sampah. Aku kesian juga kat kawan kita kat bawah tu, Si Usus Besar, padat bilik dia. Bau bilik dia jangan cakaplah..... ”.

“ Untung ye kawan kita tu, dia dah tak terkejut kerja pada awal pagi. Dia dah lama dapat rehat, seminggu sekali pulak tu. Kita ni berkerja 335 hari tanpa henti , siang malam, 30 hari je dapat rehat. Itu pun rehat waktu siang. Bila bos kita berbuka, teruk kita dibuatnya, bukan dia saja tersandar, kita pun tersandar lebih masa kerja. Lepas tarawih kang ada moreh, kita keja lagi”, kata si Enzim.

“ Hahahaha….gelak si Bakteria. “ Nasib kita lah, sabor je dalam sebulan ni.... nanti bila bulan syawal, bersedialah kita, bukan overtime lagi dah, tapi dah tak ada time untuk kita rehat, macam-macam masuk dalam bilik kita ini, dah nasib kita!!

“ Abih camno, tak dapek den nak nolong eh, tapi harap-harap bos kita dapat dengar keluhan kita ni, lepas Ramadhan ni dia beri kita rehat sikit, kalau tak dapat seminggu sekali, sebulan sekali pun ok dah”, kata si Asid dengan muka serius dan masam. Asid ini memang sifatnya masam.

“ Yolah botul tu, bos kita ingat kito ni mesin ko, mesin pun ado maso rehat eh”, sampuk Bakteria.

“ Aku ada idea, kita pesan kawan kita tu, suruh bos dia ajak bos kita supaya rajin-rajin dengar ceramah agama dan sembahyang berjemaah kat surau tu. Ni tak, bos kita asyik sembahyang kat rumah je. Nanti bila dah dengar ceramah agama, harap-harap dia ubah sikap. Paling tidak dia belajar-belajar puasa sunat, kita dapat rehat”, Si Enzim memberi cadangan.

“ Betul tu! balas Bakteria. “Kau nak tahu tak, semalam aku lepaskan geram kat bos kita sebab dia lambakkan macam-macam dalam bilik kita. Masa dia sujud, aku keluarkan gas, lalu keluar balik cendul hijau kat hidung dia, padan muka kelahap sangat!”.

“ Hahahaha…., mereka bertiga gelak berderai-derai.

Tiba-tiba rakan mereka di bilik paru-paru bersuara, iaitu Si Alveoli. “ Oii…apa yang kau orang seronok sangat ni?

“ Saja, kita orang gelakkan bos kita ni. Kau pulak apakhabar? Bilik kau orang okey tak sepanjang puasa ni?, tanya Enzim pada Alveoli.

“ Alahhh, kau buat-buat tanya pulak, siang hari je bilik kita orang ni tak berasap. Nanti lepas buka puasa, kita orang lemaslah balik. Macam inilah gamaknya, dah berpuluh tahun macam ni”, komen si Alveoli

"Aku pun hairan juga, bos kita ni boleh pulak tak berasap selama 12 jam pada bulan Ramadhan ini, tapi pada bulan lain, dua tiga jam sekali bilik kita orang mesti penuh dengan asap “, si Alveoli terus mengeluh.

“ Kita kena pesan kat kawan kita kat bilik paling atas tu, Si Otak supaya suruh bos kita berhenti menganaiya kau orang. Suruh kuatkan semangat bos kita ni”, balas si Bakteria.

“ Setahu aku, Si Otak dah naik malas dah, bos kita ni selalu kata dia dah lama tahu akan keburukan telan asap ni, dulu bos kita penah taubat sedut asap ni, tapi taubat cili padi", jawab si Alveoli..

“ Kami semua dalam bilik ni dah makin tak larat dengan asap ni dan ada kawan kita orang dah tak larat nak kerja ambik oksijen dah, dia keluarkan lendir .Itu yang banyak kahak ,bos kita semput dan nafas pendik. Agaknya bos kita nak jadikan bilik paru-paru ni jadi simpanan toksik dan jadi kanser macam kawan bos kita tu yang mati baru-baru ni”, mereka terdiam mendengar cerita si Alveoli.

“ Yer ke, nanti bilik kau kena kanser, bila kita orang pun boleh kena jugak”, sampuk Si Asid.


Dalam mereka berbual-bual, Si Telinga juga menyampuk, “ Aku dah biasa dengar dalam iklan, tentang keburukan asap ni”.

Si Mata yang diam dari tadi berkata,“ Betul tu, aku pulak dah biasa membaca, malah sekarang ni, kat kotak rokok pun aku lihat bermacam-macam gambar ngeri akibat telan asap ni, tapi bos kita buat dek je. Dan kau orang nak tahu tak, hari tu mata aku ni tengok lama perempuan seksi tau, naik juling aku dibuatnya. Nama je puasa bos kita ni, aku tak diajaknya puasa sekali!

“ Aku pun ada dengar dalam Radio, menyuruh orang yang berjaya kurang merokok dalam bulan puasa ini, supaya kurangkan rokok pada bulan lain, kalau dapat terus berhenti lagi baik, tapi cuping aku dah tebal”, kata si Telinga sambil tersengeh.




“ Yalah, aku pun ada tengok, ada orang kat Masjid tu, sebelum dia sembahyang dia sempat lagi berasap tu”, kata Si Mata menyindir.

“ Betul tu, ada hidung orang lain yang sensitif dengan bau asap ni dan menganggu solat dia orang, nanti buat pahala dan buat dosa serentak”, jawab Si Hidung yang dari tadi asyik menghidu.

Tiba-tiba Si Mulut berkata, “ Aku malas nak komenlah, bos kita ni jarang benar berzikir dan baca Al Quran dalam bulan puasa ni. Dia suruh aku bercakap pasal kerja dan masalah harian dia saja. Pada bulan lain, lagilah liat lidah aku ini untuk berzikir. Yang paling aku tak suka, aku maki hamun orang, macam tak ada beza dengan bulan tak puasa".

Dengan penuh bersemangat Si Alveoli menyeru, “ Jom kita buat deklarasi dan memorandum moga tuan kita akan berubah laku lepas puasa ni tahun ini, nanti kita semua akan lebih sihat dan selamat, bos lagilah selamat. Dia panjang umur, kita semua akan bertambah usia, bos mati, kita semua akan mati serentak tau!

Enzim bersuara. “ Nanti dulu, jangan lupa ajak si Hati, dia yang paling penting, tanpa dia, tak berkesan saranan kita nanti. “ Betul tu, tapi aku tengok si Hati pun dok muram saja, dia pernah beritahu aku yang dia pun sedih dengan bos kita. Badan si Hati makin kotor dan tidak sihat. Dia cuma diberi makanan berzat saja, tapi tak diberi secukupnya makanan hati”.

“Okey lah, nanti kita bincang dengan Hati, kita tanya pendapat dia. Rosak si Hati, kita semua akan rosak ”, kata si Asid.


perbualan santai cucu & atok

"Mengapa tak seperti kawan sebaya kau?" Seorang atuk tegur cucu dia yang tak cemerlang dalam peperiksaan.

Atuk: "Tengok kawan-kawan sebaya cu, semua lulus tinggi-tinggi. Cu ini asyik internet, tv atau main bola. Bila nak belajar??? Besar nak jadi apa???" (Atok marah tahap tertinggi)

Cucu: "Atok asyik bandingkan dengan kengkawan yang lain. Cu tak pernah pun marah bila atok tak sama seperti kawan-kawan sebaya atok yang lain."
Atuk: "Tak sama apanyerr???"
Cucu: "Kawan-kawan sebaya atok semua dah jadi arwah kan?"
Atuk: "?...?...?.. .?...?... ?"

derhaka cucu nih...

~dari inbox~

bangun sahur

Ada sepasang suami isteri, baru jua berkahwin, menjalani puasa first time as a couple. Hendak dijadikan ceta, mereka ni pun bergaduh ntah pasal apa.

Si suami pun ngan merajuk nya bagi cold shoulder kat si isteri ngan x mau becakap dengan bininya. Jadi malam harinya ia pun menulis note untuk si isteri: "Sahur nanti bangunkan abang" dan di simpan dekat dengan tempat tidur isterinya.

Apabila si laki ni bangun, hari sudah pun siang dan dia mendapati ada sekeping nota dengan tulisan bini dia: "Bang, bangun bang, makan sahur." Kuang kuang kuang~

~dari email~

naik sorang-sorang je...

Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu
alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan
membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita
oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba
di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM
1.00..mesin komputer menjawab: "47 kg!"
Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer
menjawab: "52 kg!"

Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang
cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu.
Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan:
"Tolong naik sorang-sorang. . jangan ramai-ramai! "


lawak xleh blah.. hahahhha...

~dari email~

Thursday, August 27, 2009

takziah buat family YB Senator Prof. Datuk Dr. Ismail Md Salleh

kenal x sapa dia? sapa xknl, mmg la xbaca paper & xtgk tv...

maklumat lanjut psl dia leh cari sendiri kt intenet.

takziah wat family allahyarham di atas pemergian mengejut beliau ke rahmatullah dalam perjalanan ke China or balik Malaysia. aku xsure. tp dia meninggal sebab serangan jantung...

heart..the silent killer...

alfatihah utk beliau.. moga ditempatkan di kalangan beriman & beramal soleh.. insyaallah...


bazar ramadhan 1430H

frankly, aku bukan sorg yg suka ke bazar ramadhan. perangai aku, bila dh byk2, selera sume tertutup. tp bila dh balik umah, br nk terbayang makanan sedap2 kt bazar tu.. mula la menyesal xbeli. lembab!

smlm mak demand. nk p bazar ramadhan kt pandan indah. alasan dia, sana mcm2 ada...dia igt pandan indah tu sebelah umah ke? sblm ke sana, pusing2 dlu kt bandar baru ampang. ternampak la bazar ramadhan depan pasar.. terus pujuk dia p yg dekat je.. aku bukan xnk p pandan indah. sana mmg byk pilihan. tp parking dia yg aku mls nk carik. dh la bwk keta org. kalo kete aku, pandai la aku selit2... ni keta anis tu dh la baru direpair.. ada kesan calar sket, dh kecoh mak suh anta repair. kete aku yg calar balar tu xde lak dia nk antakan p kedai. jeles je aku!blogger-emoticon.blogspot.com

kt bandar baru ampang pon not bad.. cumanya pergi terlalu awl kot.. kol 4. so, gerai sebahagian je yg dh bukak. diorg ni start bukak kol 3 aku rasa.. jumpa gak muka2 yg familiar tgh meniaga.. hhmmmm... ampang ni bukan besar mana pon...

smlm xmsk, so beli lauk2 kt bazar je laa.. aku beli satar... masa 1st day of ramadhan, mak uda dtg bersama satar. seryes aku teruja. tp bila makan, kecewa. sbb satar tu masam. cm dh basi.. cmne la korg meniaga ni. dh la bulan posa.. cm menganiaya pon ada.. xbaik woooo.... smlm pon aku terkena. 5 bijik rm3. 1st satar yg masok mulut aku adalah satar yg dh basi. siap melekit2 lg. sedih.. terpaksa buang rezeki.. jd fobia lak nk makan 2nd satar. tp sebab dh beli, bukak jugak la nk makan... alhamdulillah... 2nd and seterusnya sume ok. blogger-emoticon.blogspot.com

satar dia sedap gak.. walaupon xdpt menandingi satar kt restoran ulik mayang.. yg kt yati ayam percik xcuba lg.. aritu xsempat. akan ku pastikan sempat merasanya. pas raya leh la makan...blogger-emoticon.blogspot.com

cerita psl bazar ni, mmg xdpt dinafikan, masa bulan posa ni la masa utk tambah pendapatan..sana sini org nk meniaga.. aku pon xterkecuali.. just meniaga kueh raya laaa.. skang ekonomi xberapa bagus. tp ke arah pulih la.. kilang2 pon dh dpt order balik.. beransur2 pulih.. terlalu ramai yg meniaga, akan mengurangkan kuasa beli.. xpecaya? p la kt bazar ramadhan, gerai mcm cendawan.. meniaga pon benda2 yg seakan2 sama dgn org sebelah.. berapa kerat pulak yg rajin menziarah ke bazar ramadhan? isi rumah pulak ada persepsi xnk membeli, nk masak sendiri kt umah. mcm2 alasan, antaranya:
  1. masak lebih menjimatkan
  2. masak sendiri lg sedap. sukati la nk boh ape pon
  3. makanan kt luar byk msg (aku sokong)
  4. xnk suami & anak2 makan hasil air tangan org lain
  5. xtau org yg masak tu solat ke x. kalo x, gelap hati, susah nk terima pelajaran, jd degil.
last2 nt, jd la lambakan.. yg menjual lg byk dari yg membeli. kesan? makanan harini, jual balik hari esok. kesan? jual makanan basi.. pastu org beli, bila makan, dh basi. last2, meniaga bukan untung, tp rugi sbb xde org beli. sapa suh jual makanan basi????blogger-emoticon.blogspot.com

peraturan menjual ni, senang je.. jual makanan, serupa macam yg kita nk makan. insyaallah, berkat perniagaan kita. utk sesapa yg nk menjual makanan, pk betol2 ye.. bunyi cm senang je kan... meniaga makanan..tp kesan dia besar.. hidup & mati nih. hidup kalo makan bgs.. mati kalo pelanggan kena keracunan makanan.. hahahhaha..

Wednesday, August 26, 2009

nk syurga ke neraka?

Bermulanyanya satu kisah :



Dalam satu kelas darjah satu,seorang ustaz bertanya kepada pelajarnya..

"kamu hendak ke mana?... syurga atau neraka?..
siapa yang hendak ke syurga..angkat tangan... !!"

maka semua pelajarnya pun mengangkat tangan kecuali seorang murid.

Kemudian ustaz itu pun bertanya lagi, "siapa hendak ke neraka?"... ..

semua pelajar tidak mengangkat tangan termasuk seorang murid tadi... dengan
kehairanan ustaz itu bertanya..

"bila saya tanya nak masuk syurga..awak tak angkat tangan..
bila saya tanya nak ke neraka pun awak tak angkat
tangan... .habis awak nak ke mana??".


..Jawab murid itu..

"saya tidak mahu pergi ke mana ustaz..
bapa saya suruh saya datang sini belajar,dia pesan..
jangan pergi kemana-mana, tunggu sampai dia jemput"... .




Hua hua hua


~dari email~

alhamdulillah.. PAS menang lagi...

pilihanraya kecil permatang pasir - pas menang lg. alhamdulillah...majoriti pon sampai 4000..

aku bukan org PAS tp aku org Islam.

politik kt Malaysia ni dh terlalu terok aku rasa. org sanggop buat apa saja demi kepentingan diri. contohnya, yg terkini, suruh Tuan Guru Nik Aziz bertaubat. seryes?????? yg suh bertaubat tu cmne lak? aku salute tok guru ni. ilmu dia tinggi.. sapa yg penah dgr ceramah dia, mmg tau dia cmne.. so, sebelum suh org lain bertaubat, sila baiki diri anda ye...

Islam & politik xleh dipisahkan.. 2 benda yg seiringan.. nk akhirat, dunia pon jgn la tinggal-tinggalkan...

~sila baca paper~

sekadar peringatan

untuk ramadhan taun ni, masjid akan wat solat terawih 8 rakaat, dgn 3 witir. abis je 4 rakaat, ada tazkirah. aku tepaksa mengaku, 3 mlm sblm ni, aku xdgr pon ape yg ostaz tu ckp.. xtau la speaker yg terlalu kuat sampai leh merosakkan gegendang telinga aku ke or aku yg saje memekakkan telinga sambil memejamkan mata mcm sgt2 letih & mengantok! blogger-emoticon.blogspot.com

tp tazkirah mlm ni mmg best. pak ostadnya ialah Ustaz Raihan Abdul Aziz. 1st time dtg masjid aku. lulusan syria, full time keje as pegawai syariah kt Bank Islam Malaysia Berhad.

antara yg aku leh highlight kan...

ubat untuk anak2 yg degil: surah thoha, ayat 1-5
- utk ibu2, kalo anak2 degil, bacakan ayat ni kt telinga diorg time tdo. baca jugak masa nk masak nasik or makanan lain2. insyaallah, ilang la degil. sbb ayt ni boleh melembutkan hati Saidina Umar al-Khattab sampai nak masok Islam.

tanggongjawab ayh kepada anak.
ada 3:
1. memberi nama yg elok
2. mencari ibu yang elok untuk anak (bukan kawen lain)
3. mengajar membaca quran

untuk insan bergelar lelaki, jalankan tanggongjawab yg allah dh amanahkan ni sebaiknya ya...




Tuesday, August 25, 2009

doa mohon ketetapan hati

aku xjumpa dlm bahasa arab. tapi boleh rujuk buku 101 doa daripada hadith2 sahih, tulisan ustaz zahazan mohamad..

ni doa dia.. aku tulis dlm bahasa melayu, k..better carik dlm arab. ada word arab yg susah nk dimelayukan. nt maksud dia akan lain.

"Allahumma yaa musorrifal qulub, sorrif qulubana 'ala tho 'atika" ~Ya Allah, Tuhan yang menunjukkan hati, tunjukkanlah hati-hati kami kepada jalan ketaatan kepada-Mu.

1 lg rasanya ada dlm al-ma'thurat.
"allahumma yaa muqallibal qulub, thabbit qalbi 'ala dinika" ~ Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hati-hati kami kepada agama-Mu.


ya allah.. ko maha mengetahui segala yg kami x ketahui..

siapa itu kartika sari?

aku pon xtau sapa dia.. tp dia start pemes sbb dia kena tangkap masa minum arak kt cherating (kot). so baru2 ni, dia dijatuhkan hukuman, sebat 6x. aku salute dgn kerelaan dia menerima hukuman. dia xnk diseksa allah kt akhirat, dia nk balasan kt dunia. susah nk cari org yg sanggop mengaku. malu mmg xleh nk cite r. tp niat dia sgt bgs.

ikot hukum syarak, minum arak adalah 1 jenayah. sbb? dari arak, mcm2 kejahatan boleh berlaku. Allah melaknat 10 golongan yang terlibat dgn arak:
  1. orang yg memerah
  2. org yg minta diperah
  3. org yg minum
  4. org yg membawa
  5. org yg meminta dibawa
  6. org yg menjamu
  7. org yg org yg menjual
  8. org yg mendapat hasil dari arak
  9. org yg membeli
  10. org yg meminta dibelikan
hukuman bg peminum arak adalah 40 sebatan hingga 80. kartika hanya kena 6. tu pon raaaamaaiiii yg membantah dia kena sebat. aku rasa malu, sbb yg membantah adalah yg mengaku beragama islam. sepatutnya, xtimbul suara membantah. sbb hukuman tu adalah berdasarkan hukum syarak..

mungkin ramai yg bantah sbb xnk ramai lg yg kena kot... aku pecaya, ramai sgt org islam yg minum arak nih. tp xberani mengaku cm puan kartika sari. bukan kartika hazni ye. huhuhu...

to kartika sari, all the best.

susahnya nk dpt kusyuk

korg penah rasa ape yg aku rasa x? tgh solat tp fikiran merata2 berjalan2...

sgt susah nk dptkan kusyuk dlm solat..

cm smlm, aku solat sblh makcik. dia suka sgt betolkan telekong dia sblm duduk antara 2 sujud. seryes aku terganggu. abis 4 rakaat, aku belah. mls nk dok sblh dia. aku tau, dgn kebelahan aku, akan mengakibatkan ruang itu menjadi kosong. tp maaf laa.. sy xleh tolerate.blogger-emoticon.blogspot.comdok area belakang lg mendamaikan jiwa.. tp bukan ni yg aku nk cite.

aku nk cite psl dlm solat. masa imam membaca ayat2 suci al-quran. aku rasa berdosa sgt sbb masa imam baca, fikiran aku merayau2.. abis sume benda terpapar di layar mata. kenapa begini?? aku tau, aku mengaku, aku ni jahil.. tp, sampai pk yg bukan2, melampau sungguh kepala otak aku nih! syaitan dh kena ikat, tp nafsu aku masih bermaharajalela.. sungguh rasa berdosa!

balik umah, ngadu dgn nenek aku,
"mak, ustaz tu baca panjang sungguh la. xleh kusyuk betol!"
"nk pahala lebih, kan? kena la lama sket."
"mmg la.. tp kalo lama sgt, org dh ilang kusyuk."

alasan aku je ke atau pon ustaz ptt amik pot psl benda nih? mmg ada ustaz yg suuuukaaaaa sgt baca ayt panjang2. kepuasan mungkin utk diri dia. tp utk org lain? cm aku nih. melencong & melancong dh kepala otak aku.. baikla baca ayt pendek2 je.. tp kalo bace pendek2, bilanya nk abis 1 quran tu. tol x? hmmm...

td plak ngadu dgn maksu.. dia kata senang je..
"cuba baca doa tetapkan hati. insyaallah kusyuk.."

terasa cm baru kena lempang dgn kayu golf je.. huhuhu... selama ni, main solat je.. doa iringan xbaca pon.. ishk3...kawan2, meh la kita baca doa mohon tetapkan hati ek...tetapkan hati dlm agama Allah.. xberpaling dri jln yg benar. aku skang ni dh terpesong. byk sgt dosa yg dibuat. aku sedar tp terasa susah nk berubah. moga ramadhan kali ni bg aku cahaya utk berubah...insyaallah..

Monday, August 24, 2009

puasa 1430 H

slmt menunaikan ibadah puasa..

moga amalan kita pd tahun ni mendapat keberkatan dari Allah..
moga amalan kita berkekalan ke bulan2 yg lain...
istiqamah tu penting kan??
jgn lupa p solat terawikh..
cmne penat pon, solat adalah remedynya...

1 ramadhan - seorg jemaah masjid meninggal selepas sakit beberapa minggu..
2 ramadhan - bekas imam masjid, th hj almansyah pulak menyusul..dia meninggal lps balik dari talkinkan pakcik yg 1st.. jatoh terus ke rahmatullah.. senang je perginya.. kita nt bagaimana?

andai Allah panggil pulang skrg, bersediakah kita?

semoga roh mereka dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan org beriman..lepas la azab kubur selama sebulan..alhamdulillah..

hanya kerana sebutir kurma

Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat
ziarah ke mesjidil Aqsa.

Untuk bekal di perjalanan, ia membeli 1 kg kurma dari
pedagang tua di dekat mesjidil Haram.

Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat
sebutir kurma tergeletak didekat timbangan.
Menyangka kurma itu bagian dari yang ia beli, Ibrahim
memungut dan memakannya.

Setelah itu ia langsung berangkat menuju Al Aqsa. 4 Bulan
kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa.
Seperti biasa, ia suka memilih sebuah tempat beribadah pada
sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra.
Ia shalat dan berdoa khusuk sekali. Tiba tiba ia mendengar
percakapan dua Malaikat tentang dirinya.


"Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara
yang doanya selalu dikabulkan ALLAH SWT,"

kata malaikat yang satu.

"Tetapi sekarang tidak lagi. doanya ditolak karena 4 bulan
yg lalu ia memakan sebutir kurma yang jatuh dari
meja seorang pedagang tua di dekat mesjidil haram," jawab
malaikat yang satu lagi.

Ibrahim bin adham terkejut sekali, ia terhenyak, jadi selama
4 bulan ini ibadahnya, shalatnya, doanya dan mungkin
amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh ALLAH SWT
gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya.

"Astaghfirullahal adzhim" Ibrahim beristighfar.

Ia langsung berkemas untuk berangkat lagi ke Mekkah menemui
pedagang tua penjual kurma.
Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah
ditelannya.

Begitu sampai di Mekkah ia langsung menuju tempat penjual
kurma itu, tetapi ia tidak menemukan pedagang
tua itu melainkan seorang anak muda. "4 bulan yang lalu saya
membeli kurma disini dari seorang pedagang tua.

kemana ia sekarang ?" tanya Ibrahim.

"Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang meneruskan
pekerjaannya berdagang kurma" jawab anak muda itu.

"Innalillahi wa innailaihi roji'un, kalau begitu kepada
siapa saya meminta penghalalan ?".
Lantas ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya, anak
muda itu mendengarkan penuh minat.

"Nah, begitulah" kata ibrahim setelah bercerita,

"Engkau sebagai ahli waris orangtua itu, maukah engkau
menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur ku

makan tanpa izinnya?".

"Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan. Tapi
entah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang.

Saya tidak berani mengatas nama kan mereka karena mereka
mempunyai hak waris sama dengan saya."
"Dimana alamat saudara-saudaramu ? biar saya temui mereka
satu persatu."
Setelah menerima alamat, ibrahim bin adham pergi menemui.
Biar berjauhan, akhirnya selesai juga.
Semua setuju menghalakan sebutir kurma milik ayah mereka
yang termakan oleh ibrahim.

4 bulan kemudian, Ibrahim bin adham sudah berada dibawah
kubah Sakhra.

Tiba tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu terdengar
lagi bercakap cakap.
"Itulah ibrahim bin adham yang doanya tertolak gara gara
makan sebutir kurma milik orang lain."
"O, tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi, ia telah
mendapat penghalalan dari ahli waris pemilik kurma itu.
Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran
sebutir kurma yang haram karena masih milik orang lain.

Sekarang ia sudah bebas."


Oleh sebab itu berhati-hatilah dgn makanan yg masuk ke tubuh
kita, sudah halal-kah? lebih baik tinggalkan bila
ragu-ragu... "

Pada hadits yang lain beliau bersabda; ‘Siapa yang merampas hak orang Islam dengan sumpahnya, maka Allah mewajibkan dia masuk neraka dan mengharamkannya masuk surga.. Seorang laki-laki bertanya, walaupun sedikit ya Rasulullah? Nabi menjawab, walaupun sebatang kayu sugi.’ (Riwayat Muslim).


~dari email~