Saturday, March 28, 2009

tamat dah penderitaan

pak long amir aku dh menghembuskan nafas terakhir kol 4 pg td. sama2 la kita sedekahkan al-fatihah ke atas beliau. tamat sudah penderitaan, cacian, maki hamun org kt dia. masa hidup dia susah, insyaallah kt sana allah akan mudahkan. kita doakan je la, k.

kami xp tgk sbb nenek aku dgn maksu nk p UUM pagi ni. esk anis konvo. dh mmg tersurat xsempat jumpa dia. nasib baik masa dia idop dh p tgk dia. xde la ralat sgt xp tgk masa dia meninggal. td adik dia yg bongsu call. ckp dgn nenek aku,

adik: long, abg amir dah xdak ni.
tok aku: xpa. sabaq ja la.
adik: long mai la tgk. kami xtau nk buat apa ni.

xtau nk buat apa??? ni la akibatnya kalo amik mudah hal2 agama & fardu kifayah. moga jd pengajaran kt kita semua, k.

pagi ni aku jaga awl. terasa panas lak. ingatkan ada apa. rupanya sbb ada kematian sedara terdekat. sama la macam masa arwah tok wan aku (bapak atok aku) meninggal. masa tu, raya ke 3 rasanya. aku pon sekolah rendah lagi. mlm tu aku xleh tdo. tgh malam dpt call. upanya tok wan dh meninggal. bergegas atok aku ajk balik kg. otw br dia perasan, yg ada dlm kete tu bukan anis, tp adik aku, angah. slalunya, ke mana aje mesti dia bwk aku dgn anis. hehehehe.. kelam kabot. sume xigt. capai je la apa yg ada...

td aku cite la kt maksu psl aku ni cm dpt petanda kalo ada org meninggal. leh dia ckp cmni,

maksu: kira hang ni ada mukjizat la.
aku: mukjizat hotak hang!
maksu: betol la. mcm 6xt sense.
aku: 6xt sense leh terima. mukzijat xleh terima!

bangang kan maksu aku ni? sengal tahap apa tah!

plan awl, aku mmg nk p melawat. ye laa.. dh tau ada kematian, kan. kena la p tgk. tp nenek aku xbg. takot jumpa org2 yg xsepatotnya. kang xbalik umah lak aku. tepaksa la aku lupakan hasrat nk p. leh kirim doa je la utk dia. moga tenang kt sana.

anis, maksu, paksu, nenek aku & ct dh otw ke kedah. semoga diorg selamat sampai. aku mmg akan terasa bimbang kalo diorg nk wat long distance journey. harap semua selamat sampai & selamat balik ke rumah. insya allah.. tinggal la aku dgn emi je ni. ade aku kesah??? lantak ko la...


Wednesday, March 25, 2009

nice one...

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku.Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis keti ka itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua.Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

“Siapa ambil duit ayah?” tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

“Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!” sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, “Saya yang ambil!”

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut.

“Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?”

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati.Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.

Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,”Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!”

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata,

“Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!”

“Tapi apalah maknanya bang…!” aku terdengar ibu teresak-esak.

“Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?”

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.

“Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!”

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg….sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

“Kenapa kamu ni? Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!”

“Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan,” aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

“Kakak perempuan…biarlah kakak yang berhenti.”

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat…..

“Kak…untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak.”

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:

“ Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!”

“Pemuda kampung?” bisikku. “Siapa?”

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.

“Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!”

Sambil tersenyum dia menjawab, “Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?”

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, “Akak tak peduli apa orang lain kata.”

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk
kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, “Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak.”

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

“Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.”

“Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka.”

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

“Sakit ke?” aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

“Tak….Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.

Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras.”

Apalagi…aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

“Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?” kata adik.

“Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada.”

“Adik tak ke sekolah pun kerana akak.” kata ku memujuk.

“Kenapa sebut kisah lama, kak?” katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, “Siapakah orang yang paling anda sayangi?”

Spontan adik menjawab, “Selain emak, kakak saya….”katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

“Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat
kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar.”

“Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila.”

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

“Jika tak dapat apa yang kita suka,,belajarlah menyukai apa yg kita dapat…dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”



nota tangan: ada org bertanya. wujud lagikah adik sebegini? jawapannya, masih wujud cuma dlmsituasi yg berbeza yg kadangkala kita pon xsdr... alert dgn persekitaran kita, insyaallah ada jawapan yg kita cari..

slumdog millionaire


mmg best! no wonder la filem ni menang byk anugerah. sila menonton ye!


aku suka yg kanan ni. mahesh khedeker. sgt comel!!! dia belakon as jamal masa kecik. cute!!!

just aku pelik. kenapa la si freida pinto ni pemes gila? agaknya sbb dia sorg je heroin kot... sepatotnya budak2 kecek ni yg jd pemes. belakon dgn sgt menarik!!!!

Sunday, March 22, 2009

hari2 persekolahan

sekolah minggu ni mmg agak tekanan utk aku. sbb aku asik memikirkan asgmnt melimpah ruah berlambak2 yg xsiap2 lg. aku bukak buku leadership, terasa bersalah kt buku decision analysis. bukak decision analysis, rasa berdosa kt corporate finance. apa kess???

CF kena baca buku, wat latihan, guna formula. leadership kena wat asgmt. DA pon sama. kena wat asgmt yg berlambak2 sampai leh muntah. wat penah je pujuk doc suh kurangkan. xde kesan. kesan tekanan mental kt ktorg ni ada laaa...

pas kelas ari sabtu, aku lik umah, amik mak dgn anis, p Hospital Tawakal.akngah aku eksiden. dia kena ragot. nasib baik peragot tu xdpt henbag dia. silap dia gak, kepit henbag sambil naik moto. mana la peragot professional ni x tertarik??? nasib baik dia dh ok. arini leh discharge.. kejadian tu kt selayang. ada 2 cite psl kecekapan agensi kerajaan.

1. pakngah p wat report kt balai polis. dia ni dh le terhencot2. terpaksa jumpa dari sorg pegawai ke sorg pegawai. memula yg front desk. pastu naik jumpa peg penyiasat. pastu pegawai lain lak. sume org bertanyakan soalan yg sama. boleh???
2. org2 yg bantu diorg masa eksiden tu bwk diorg p Hospital Selayang. cedera agak parah ni walaupon xmati lagi, kan. punya la ramai org. terpaksa tahan sakit, terpaksa menunggu. hellooo???? last2 makngah decide kt tawakal. xkesah la kalo kena byr lebih pon asalkan berbaloi.

cmne ni gov? kata cekap. tang mana yg cekap ni???

just nk cite sket pasal hosp tawakal. korg tau x hosp ni kt mana? kt jalan pahang ye. kalo xtau, amik la peta, k. just ade few things yg menarik minat aku.
1. parking lot dia sikit sgt. most kete kena park kt tepi2 jln. ada gak metro parking. tp jauh sekt dri hosp.
2. lif dia kecik gila. aku rasa, muat dlm 5 org kot..
3. wad dia kecik2 je. terasa sempot lak aku. hehehehe...

yg bgsnya, diorg dh nk pindah ke new hosp. yg lebih besar & cantek. mmg ptt jd cantek pon sbb tawakal is under KPJ's management.

kuar dari hosp dh kol 10 mlm. lapa. seyes aku lapar. kt sekolah, lunch makan char kuey teow. en. baharin belanja. best2. en. baharin ni ada bela kambing. sapa2 nk beli kambing, leh bgtau aku, k. ptg lak makan maggi goreng. bayar pakai duit sendiri. mlm mesti la lapa balik kan? pening gak cari tempat nk makan ni. memula igt, xyah la makan. tp, ternampak lak signage "Restoran rumah Thai". dh lama aim nk makan. so, malam ni la masa utk merealisasikannya. hehehehe...

jejak kt restoran kol 11 mlm. nobody in there. br kol 11. pelik2. tempat dia ok. not bad. antara faktor xde org compare dgn kedai mamak sebelah dia are:
1. tempat cantek dgt. dia mungkin position for middle to upper class. so, xramai la yg masok.
2. smlm kan ada bola. mesti la mamak penuh!!
3. dia xde tv besar2
4. dia xdemeja kt luar. hehehhehe

ni la apa yg ktorg makan. walaupon dh kol 11 lebih, aku tetap belasah nasik. cmno nk kurus????? ada gak oder som tham. leh la tahan..

tomyam songkhla medium.. mcm2 ada dlm ni. lala, ketam, sutun, udang, ikan siakap pon ada.. rasa dia ok. leh la tahan. xberapa pedas sgt.


peberet nenek aku.. nasik goreng cina.. nmpk cm sikit kan? tp sebenarnya byk wooo...

carrot susu. dh lama xbwk nenek aku kuar malam..


my drink. apple asam boi. walaupon perot aku dh berbunyik2 sbb byk angin, still aku minum benda masam lg..


sampai umah, solat, terus tdo. xmandi pon. xelok mandi malam kan... terasa membukit je perot aku ni. hehehehehe..

Friday, March 20, 2009

innalillah

"dari Allah kita datang, kpd Allah kita kembali"

takziah diucapkan kpd keluarga cikgu suraidah. redhakan la pemergian dia. semoga roh cekgu ditempatkan di kalangan org yg beriman..

imbas semula: cekgu penah mengajar aku masa sekolah rendah. anak dia, ana, sebaya aku. jawatan terakhir dia adalah sebagai guru besar kt Sekolah Kebangsaan Ampang. xlama pegang jawatan, dia jatoh sakit & hanya terlantar di katil.

selama dia sakit, aku xpenah melawat dia, hanya wakilkan nenek aku je. alasan? bz. alasan yg memakan diri. pengajaran: dgr org sakit, sila melawat ye! jd, aku rasa jatoh wajib atas aku utk menziarahi dia utk memberi penghormatan terakhir. nasib baik aku mmg xde keje sbb xtau apa lg yg nk dibuat xbz, leh la kuar sat utk ziarah dia..

beza sungguh dengan masa dia mengajar aku dlu. badan dia agak chubby. kembali pada pencipta dlm keadaan yg kurus. terlantar sakit 5 tahun..hanya Allah yg tau apa sakit dia.

al-fatihah utk beliau & semoga segala ilmu yg pernah dicurahkan memberikan pahala yg berpanjangan utk cekgu.. ni la kelebihan seorg guru. ilmu yg pernah dicurahkan akan menjadi jambatan ke syurga. insyaallah.. so, utk guru semua, ajarkan la ilmu seikhlas hati... kita pon boleh dpt pahala yg berpanjangan. ada ilmu, jgn kedek. ajar pd org lain. xmungkin kita jd bodo sebab mengajar org lain tp mungkin akan terasa bodoh kerana makin banyak kita belaja, makin kita sedar betapa jahilnya kita..

Be extra careful

Must Read and Please be careful out there !!

A man came over and offered his service as a painter to a female putting gas in her car and left his card. She said no, but accepted his card out of kindness and got in the car. The man then got into a car driven by another gentleman. As the lady left the service station, she saw the men following her out of the station at the same time.


Almost immediately, she started to feel dizzy and could not catch her breath. She tried to open the window and realized that the odor was on her hand; the same hand which accepted the card from the gentleman at the gas station.


She then noticed the men were immediately behind her and she felt she needed to do something at that moment. She drove into the first driveway and began to honk her horn repeatedly to ask for help.The men drove away but the lady still felt badly for several minutes after she could finally catch her breath. Apparently there was a substance on the card that could have seriously injured her.


This drug is called '
BURUNDANGA' and it is used by people who wish to incapacitate a victim in order to steal from or take advantage of them.


This drug is four times more dangerous than the date rape drug and is transferable on simple cards.


So take heed and make sure you don't accept cards at any given time alone or from someone on the streets.

This applies to those making house calls and slipping you a card when they offer their services.


****from email****

5 perkara

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur.

Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.
Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat,

pertama; apa yang egkau lihat (hadapi) maka makanlah,

kedua; engkau sembunyikan,

ketiga; engkau terimalah,

keempat; jangan engkau putuskan harapan,

yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."
Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.
Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."
Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.
Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukittetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."

Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

Thursday, March 19, 2009

aku sgt bz!

mcm2 nk cite. tp aku sgt bz. buat2 bz & xtau la apa yg bz.

mlm2 aku kadang2 belaja, tgk tv.

mmg mcm2 nk cite. tp nt la..

aku kdg2 pening kepala dok kt umah ni. nenek aku asik nk becakap. aku pening!

Sunday, March 15, 2009

take a break!

smlm adalah masa break aku. finally, aku dpt gak masa utk bersosial. hehehehehe...

thanks to mak uda. dia mai, ktorg plan utk kuar. dh byk kali bertanggoh aktiviti sosial kami ni. jadi jugak smlm. huhuhuhu...

memula p ampang point dlu. terus tuju tingkat atas. nk main boling. penuh la pulak. xde maknanya aku nk tulis nama dlm waiting form tu. so, decide nk window shopping je la. tp still xpuas ati. stgh jam pastu, naik balik. cuba nasib lg. hohoho.. alhamdulillah.. dh kurang org. dpt gak ktorg main boling nih. sungguh teruja ok! xyah la bgtau sapa menang, k. hehehehehe...

pas solat mghrib kt ampang point, tuju galaxy ampang lak. nk tgk wayang. mmg dh plan, kalo ada, ada la. kalo xde or ramai org, balik je laa..sampai2, mmg xramai org. alhamdulillah... masalah berikutnya adalah nk tgk cite ape. hohoho...diskas punya diskas, last2 nk tgk dragonball evolution. aku nk tgk geng. tp mak uda xnk. xpela. ikot je laaa..

nasib baik cite nih best.. terasa kembali menonton dragonball di kala muda. hohoho..hero dia yg berlakon as goku ni ensem. hehehehe.. chow yun fatt pon ada dlm cite nih. dia jd master roshi. kelakar. 1 je yg aku xpuas ati. dlm panggong ni, ramai budak2. harusla kan..cite dragonball, rate lak as U. mesti ramai parents bwk anak2. aku rasa, xptt rated as U. sbbnya, pakaian pompuan dlm ni menjolok mata sgt. pakai baju cm xpakai baju. apa kes?? then ada 1 scene kissing yg agk keterlaluan gak la..maybe finas terlepas pandang kot...



pas tgk wayang, terasa lapar la plak. kebetulan ujan. so, kenala cari tempat bershelter. decide nk lepak kt ampang waterfront. perghhhhh!!! cukup ramai org. aku igt ramai2 nk tgk konsert AF. aku lupa lak smlm ada game Man U vs Liverpool. Perghhh!!! mmg game yg best! 1-4 beb! kesian penyokong MU smlm. xpe..nxt time je la ek korg menang. hehehehehe..

kebetulan, ramai penyokong liverpool. mmg meriah sungguh kt kedai smlm. hohoho. apa2 pon. ni mmg antara game yg best!!! tahniah la penyokong liverpool!!!!!

congratulation

result spm dh kuar. korg ada sedara yg amik spm last year? well, i do. 2 org lagi. adik2 sepupu aku. 2-2 dpt 9a. congrates!!! seronok dgr org pandai2 nih. to saddiq & afiq, tahniah, k! saddiq ni mmg expected sbb aku rapat gak dgn mak dia. afiq ni aku mmg no idea laa.. btw, tahniah!! hope 2-2 leh p oversea sambong blaja. blogger-emoticon.blogspot.com

utk adik Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, adik yg dpt 20a tu, walaupon media cm menganaktirikan ko (compare dgn sambutan melampau yg diterima oleh amalina dlu), result anda memang membanggakan. bangga sbb adik dpt buktikan, status parents xmenghalang dpt kejayaan cemerlang. asalkan bertekad, xde apa yg mustahil!

aku bukan jijik tapi...

sblm aku story, aku nk mintak maap sgt kalo post aku ni agk mengganggu perasaan. aku mmg xde niat nk merendahkan sesapa, k. just nk kongsi pengalaman & pandangan aku.

last week aku dpt news, pak long aku sakit. dia ni adik arwah atok aku punya anak. adik atok aku, aku panggil tok lang. ank sulong, dia aku panggil pak long r.. last week aku de kelas. so mak p tgk dia dgn maksu.

aku sbnrnya dh lama xp umah tok lang aku ni. bukan pe, aku xselesa sgt. past experience, umah dia mmg sepah2. apa yg dimakan pon leh kuar balik r! smlm aku cekalkan ati p sana gak. sbb nk mlwt org sakit, kan..

umah dia tingakt 5 tp aku dh lupa yg mana 1. aku rasa umah dia yg ke2 dari tangga. so, ketok la pintu. kuar sorg budak ni. sah aku silap umah!

"tau xmana umah pakcik mahmud?"
"umah pakcik mahmud?"
"a'a"
"xtau la. xpenah dgr lak nama dia"

kuar lak mak dia.

"mak, mana umah pakcik mahmud?"
"a'a. yg bini dia nama azizah tu"
"sy pon xtau la"

pastu nenek aku bukak la pintu umah 1st tu. sbb xberkunci & dia yakin tu mmg umah tok lang aku. bingo! mmg umah tok lang aku pon. boleh makcik sblh umah ni xkenal???? xtau la sapa yg xkwn dgn sapa.

aku masok, umah dia masih sama spt gambaran aku. terasa dejavu je. huh! terus nmpak pak long aku tgh tdo ats kusi. just lapik kusyen je! kesian gak menengoknya. sbb dia tinggal sorg2 je. tok lang aku kt bwh, diorg ni ada meniaga kt gerai. tinggal la si sakit ni sorg2. ishk3.. kalo la jd apa2, cmne tu? xde sapa yg tau. silap2 meninggal sorg je...



tinggal tulang je..


tp yg aku xleh blah, tgk keadaan umah tu. adoi! dasat seh. aku paham, umah flat, besr mana la sangat. tp kalo pandai hias, insyaallah leh ok..

sblh paklong
- nasik goreng 1 piring
- air teh yg dh tinggal sikit
- air milo yg dh naik susu (xtau la dh bape hari)
- mangkok utk dia buang kahak sbb dia xlrt bgn
- pampers yg dh dipakai tp lom buang lg (dia ni pakai pampers)
- asam (aku mmg teringin nk cilok tp xlalu)


dapor
nasik goreng dlm kuali. terdedah xbertutup. aku pon xtutupkan sbb aku xtau nk tutup pakai apa. maybe sbb tu diorg xtutup kot. bau dia mmg semerbak sampai buat aku nk mengeluarkan isi perot aku! dlm sinki lak ada la 2-3 gelas yg xberbasoh. nasib baik gelas je.

aku mmg xleh la nk dok lama2. nk tolong kemas, xtau cmne nk kemas. ye la.. umah org, kan. nk makan, xsanggop. last2 aku dok goyang kaki je. aku biar je nenek aku entertain pak long aku tu. nenek aku tolong boh minyak angin kt kaki dia. dia lenguh. nk suh aku? mmg aku xnk buat. hehehehhe....kesian, badan dia panas. tp xde sapa yg lapkan badan dia. so, nenek aku lap la sat.. dia nk cm arwah atok aku tau. kalo mak xjaga abah dulu, mmg abah pon akan kering kontang sampai cmni r..


seiras



mmg sama cm iwan! sah adik iwan. hehehehe.. just budak ni xnk kt org lain la.. dia nk kt mak & abah dia je. aku pegang, terus menangis mcm aku cubit dia je. terus aku konpius. aku dh tercubit ke????blogger-emoticon.blogspot.com

tulus sungguh!


abg yg gengster..gengster ke?? budak ni dh makin besar, makin degil. asik nk main PS je!


time ni je dia diam. kalo jaga, mmg nangis je!




Saturday, March 14, 2009

ole-ole dari tganu

bos aku p tganu selasa & rabu lepas. sbb ada perasmian pembangunan ekonomi wilayah timur (ecer) dh alang2 ke sana, dia pon hangkot family utk bercuti skali r..

sekembali ke ofis, ada la ole2 dari sana. alhamdulillah....blogger-emoticon.blogspot.com

dia belikan satar. tau apa itu satar? campuran ikan, bawang & cili. ni aku rasa la. exact dia aku xtau la amenda dia boh. tp mmg sedap. ni 2nd time aku makan. 1st time dlu bila paksu belikan kt taman melati. xtau la kedai mana sbb kt ctu kan byk kedai makan yg best2. yg paksu belikan pedas2. yg bos belikan xde la pedas sgt. just nice. tp aku yakin. kalo aku makan 10 biji & ke atas, insyaallah aku akan muntah. sbb dia mmg rasa ikan piau. hohohoho...



bungkus 3 segi. comel je..




Friday, March 13, 2009

tomok dpt imuniti..yeay!

korang tgk x OIM season 3? peserta kali ni leh nk kata sume bagus2. mmg sengit la season nih. kenal tomok x? dia ni lead singer new boyz. yg dulu nyanyi sengau2 tu. dia pon ada dlm season ni. suara dia dh xsengau! unbelieable??? believe it!!

minggu ni dia dpt imuniti. maknanya, xyah vote dia. dia nyanyi lagu la la la kerjalah versi tomok! mmg superb! rasa best je dgr lagu nih! tahniah la wehhh!!!!!

Wednesday, March 11, 2009

hidup menuntut pengorbanan

agree??

hidup mmg menuntut pengorbanan. macam2 yg kena dikorbankan kalo nk idop bahagia. ada org kena korbankan perasaan sendiri semata2 utk membahagiakan org lain. ada org kena korbankan masa bersantai semata2 nk cari rezeki lebih..macam2 pengorbanan kena dibuat. hidup hanya memberi 2 pilihan. take it or leave it.

macam aku, pengorbanan terkini aku adalah memberi tumpuan 100% kt study aku. sampai aku rasa dah xde masa utk bersosial. weekend kalo boleh, aku nk baca buku je! byk aktiviti dh xleh buat. kemas umah xleh pemalas , p tgk wayang xleh buang masa + duit , main boling xleh xde duit + buang masa + xde membe , bersukan xleh ni kes malas & macam2 lg la.

aku amik 3 paper - leadership, corporate finance & decision analysis.

leadership - asgmnt dia, kena wat article review & group asgnmnt. aku xwat lg. group asgmnt nk anta awal mei. article review aku kena present 11 april.

corporate finance - next week ada quiz. time value of money. adoi! last week belaja time value of money. lect aku tu main belasah je ngajar. walaupon aku penah blaja time degree, bila dgr dia ajr, terasa xtau apa2 je. ape perasaan mereka2 yg tiada basic ek????

decision analysis - ni paling kritikal antara sume! tetiap kelas ade quiz. meghoyan aku! asik belaja benda ni je. mana dgn kuiz, dgn exercise yg belambak + susah, dgn software asgnmnt! menghoyan menghoyan menghoyan! sampai kepala otak aku asik pikir benda ni je. dh xde subjek lain lg!

yg atas tu sume adalah reason kenapa aku xupdate blog. sekian. hehehehehe...

Friday, March 6, 2009

aku syak aku kena sabotaj la!

sapa sabo aku? aku syak maxis. sbbnya, rabu lepas, aku dpt 1 call.

"helo, cik akashah, sebok ke skrg?"
"xbz sgt. i just pack nk balik"
"saya dari maxis. nk tanya mengenai perkhidmatan maxis broadband"
***"bla bla bla bla bla"****
"adakah cik akan mengesyorkan maxis braodband kepada ahli keluarga @ teman2?
"i don't think so"
"jawapannya ya @ tidak, cik"
"TIDAK"

natijahnya, aku asik dc je skang ni. ape kes maxis oi???????


ni bukan menyenangkan idop aku. ni menyusahkan. aku ada baca good review psl P1w1max. kalo mmg terbukti bagus, mungkin aku nk tukar. apa kebaikan aku bayar 138 hengget sebulan kalo service cam siput belitung???? ke siput babi? pilih la weh!

korang tau x, wat kenduri cukur jambul tu bid'ah??

pagi tadi aku dgr tanyalah ustaz. kenapa dgr? sbb aku dok dlm bilik. berbungkus selimut. mls nk turun bawah. ngantok. ngehngehngeh..

tajok arini pasal maulidur rasul. sapa ustaznya? mestilah ustaz peberet aku. xlain xbukan, dato' abu hasan din.

dah dekat2 kol 8, ade 1 soklan dari seorg pemanggil. sapa tah nama dia. aku lupa. soklan dia mmg bagus.

Q:
1- bolehkah dibuat cukur jambul sambil berzanji marhaban bagai.
2- apakah hukumnya yg bermarhaban tu sume pompuan.

A:
1- cukur jambul: bid'ah yg menghampiri khurafat.
kenapa bid'ah? nabi xpenah buat cukur jambul. yg disuruh adalah cukur keseluruhan rambut bayi, ditimbang & ditukarkan dgn emas @ perak. org melayu kita ni, kreatif. cukur jambul depan je. sbbnya, rambut anak tu lawa, lebat. takot kalo cukur semua, xdpt dh rambut yg cantek cmtu. apakah??? kan ke baby dok dlm rahim ibu, bila lahir, melekit2 badan & rambut dia dgn lendiran dari rahim. kalo ikot logik fikiran aku, mmg wajib cukur abis. biar rambut baru yg bersih leh tumbuh.

kenapa khurafat? sbb dh cukur jambul sejemput tu, masokkan pulak dlm kelapa. apakah??? setau aku, kelapa muda ni digunakan utk mengeluarkan makhluk halus. betolkan jika aku salah ye. kenapa nk masokkan dlm kelapa muda ek??

nasihat aku, pasni xyah la wat cukur jambul, ye. cukur abis 1 kepala.


2- hukum suara pompuan adalah haram. patot ade pertikaian lg ke? kebanyakan tempat, yg jd ahli marhaban ni pompuan. termasok tempat aku. nenek aku pon 1 of the members. dh penat aku bebel kt dia. jgn join benda cmtu. dia nk jugak join. pg ni, dh dgr ustaz kata haram, baru nk stop join. susah betol ckp dgn taiko nih! dia kata, tujuan dia join sbb nk bergaul (nk dgr gosip2 terkini la tuh!), takot xde org dtg tgk dia meninggal nt. penat aku nk suh dia dok umah! tetiap minggu ade je nk p meraban umah org. hhmmmm...pasni dia dh insaf r. hehehehe...

Wednesday, March 4, 2009

4 mac 2004

aku tgh final xm. 2 hari lg ade paper audit. dh jd tebiat tabiat aku, xm je mesti balik umah. xmenarik langsong melepak kt kolej time xm nih! dok umah, kompom aku xbelaja. tp tgk muka mak & abah, insyaallah leh jwb xm..

kebetulan abah mmg bedridden. ni mmg menguatkan azam aku nk lik umah. nk jumpa abah, my best fren. sampai umah, abah sambut aku dgn senyum. walaupon dia xlarat, dia tetap senyum sbb aku balik. kesian tgk abah. kurus sgt. tinggal kulit je. dia mmg dh xde selera makan. lebih kurang sebulan, dia minum je. makan pon sesudu 2 je. dah xmenarik suasana dlm umah ni. xde sapa nk berebut makanan dgn aku. xde trill langsong! selera aku dgn abah sama. masa dia sehat, mmg selalu berebut makanan dgn aku. hehehehehe....

mak kata kt aku, "kaklong, pampers abah dah abis. losen pon dh abis. hang p beli sat."

abah mmg pakai pampers. dia dh xlarat nk ke toilet. kencing, berak, atas katil je. mak yg uruskan. mak mandikan, cuci berak dia. abah xnk org lain. dulu ade hanis. tp sejak hanis ke PLKN kt tganu, mak la yg uruskan abah. aku? mmg xleh harap. abah & mak pon xharapkan aku. kecuali nk mintak tolong p kedai. ni mmg aku terer. ngehngehngeh...kulit abah kering sampai mengelupas. so, mak bg abah pakai losen johnson baby. abah mmg bau macam baby. aku suka sapu losen kt kepala abah. kepala abah botak, nmpk la kesan rekah2 kulit dia. sbb tu kena pakai losen. abah mmg cam baby. bau pon best.

aku p kedai. belikan abah pampers dgn losen. mmg seronok nih. leh bg abah pakai losen baru nih. ptg tuh, cik nah anta nasik dagang. malam mak suapkan abah makan. best je tgk abah makan. walaupon 3 sudu, tp ni kemajuan. selama ni, dia mmg xminat nk makan. lepas makan, abah peluk mak. aku menangis tanpa sebab. aku sayang mak dgn abah. sumpah!

malam tu, awal gak aku masok tdo. penat tgk tv. hehehehe... kol 4 aku bangun. p bilik air. ngantok nih. xtgk abah pon. abah dh 3 hari tdo kt luar. sblm ni dia tdo dlm bilik. tp mak kata, kesian kt abah, dlm bilik cm xcukup udara. so, aku dgn emi usung abah keluar. dia tdo kt luar. byk sket udara dia.

aku tdo balik. kol 5 mak kejot aku,
"kaklong, bgn sat. tgk abah ni."
"alaaaa...nape? kaklong nk tdo. ngantok nih.."
"tgk abah sat"

kelam kabot aku bangun.
" awt mak? ntah la abah hang ni. mak dok bagi makan. pastu tetiba dia tersedak. terus diam"

masa ni, mmg aku dok tepi abah. gerak dia. suh bangun. mak dah panggil maksu (masa ni dia dok blkg umah je), abg zan, pak buang. paksu dtg, terus panggil jiran aku, tok bilal. aku cm org gila dok gerak abah suh bangun. tok bilal dtg, dia cek nadi abah, mmg dh xde. allah...berat sungguh aku rasa! menangis xyah ckp la. dh macam ape je! abah menghembuskan nafas terakhir 1 jam sebelum azan subuh. aku terasa berada di awangan.

pas subuh, makin ramai jiran2, sedara2 yg dtg. aku dgn mak mmg ada kt sisi abah. mak xbagi aku ke mana2. kena ada kt sisi abah. aku pon xde perasaan nk ke mana. sedara yg rapat dgn aku, jumpa aku, sume peluk aku. bapak aku sampai lebih kurang pukol 1o. terus aku terpa peluk dia. masa ni, mmg aku terasa sorang2 dlm dunia ni. aku dh xde abah walaupon aku tgh peluk bapak aku.

aku tinggalkan abah sbb ade masalah dgn tanah kubur & kena teman kak zaimah beli ikan & sayur. terpaksa aku p kubur sbb nk uruskan. kami gali sendiri. xtunggu penggali kubur sbb dia sebok. nasib baik ade ecal, boboi, emi, kawan emi, angah & alang, diorg ni la yg galikan kubur abah.

abah dikebumikan pas zhr. aku xikot ke kubur sbb aku takot aku terjun skali dlm lubang tu. sumpah. mmg itu yg aku nk buat. malam ada tahlil. aku xkuar bilik pon. dok dlm bilik dgn alasan nk belaja. bukan belaja. baca buku tanpa perasaan. nasib baik aku xfail paper ni.

lepas 3 hari, baru aku p kubur. sedih xyah cakap la. asik mengalir je air mata nih. menyesal sgt2. allah dh kejotkan aku kol 4. tp aku langsong xtgk abah. pandang pon x. tp, menyesal pon dh xguna. aku berusaha sgt2 utk terima qadha & qadar allah.

kenangan dgn abah sgt banyak. dari kecik sampai besar, dia la best fren aku. org yg paling faham aku walaupon di kala xde sapa nk sokong aku. atas sbb perangai degil aku, xde sapa suka bincang apa2 dgn aku. abah sorang yg mmg paham aku. dari kecik, mana dia pegi, mesti aku ikot. apa dia makan, mesti aku makan. kecuali roti canai. sori abah, kaklong mmg xleh makan roti canai. xlepas kt kerongkong.

aku selalu kata, yg paling ensem adalah abah, even masa sekolah dlu, if cekgu suh wat karangan pasal "idola saya", mesti aku cerita pasal abah!


harini, genap 5 tahun abah pergi tinggalkan kaklong. kaklong xsempat nk bahagiakan abah. xsempat nk bagi abah rasa duit hasil titik peluh kaklong. hasil dari abah besarkan kaklong. kaklong janji utk jaga mak sepanjang hayat mak. kaklong xnk mak susah. macam mana abah bahagiakan mak, camtu la kaklong akan cuba. walaupon kaklong dgn mak selalu gadoh, tp mak tetap yg kaklong sayang lepas abah. kaklong harap mak panjang umo. kaklong xtau macammana nk teruskan hidup tanpa mak.

al-fatihah utk allahyarham hamid bin puteh. moga abah ditempatkan di kalangan yg beriman & beramal soleh.


utk iwan, selamat hari lahir yg ke-8. bday iwan 3 mac, sehari sblm abah pergi meninggalkan kami semua...

utk kawan2 yg banyak support aku (u know who u r), time kaseh byk2. i really appreciate ur company & support. aku tau, bukan senang nk kawan dgn aku. good job buddies!

shaz, thanks sbb scan gambar arwah atok aku. leh aku gunakan arini...