Friday, March 20, 2009

innalillah

"dari Allah kita datang, kpd Allah kita kembali"

takziah diucapkan kpd keluarga cikgu suraidah. redhakan la pemergian dia. semoga roh cekgu ditempatkan di kalangan org yg beriman..

imbas semula: cekgu penah mengajar aku masa sekolah rendah. anak dia, ana, sebaya aku. jawatan terakhir dia adalah sebagai guru besar kt Sekolah Kebangsaan Ampang. xlama pegang jawatan, dia jatoh sakit & hanya terlantar di katil.

selama dia sakit, aku xpenah melawat dia, hanya wakilkan nenek aku je. alasan? bz. alasan yg memakan diri. pengajaran: dgr org sakit, sila melawat ye! jd, aku rasa jatoh wajib atas aku utk menziarahi dia utk memberi penghormatan terakhir. nasib baik aku mmg xde keje sbb xtau apa lg yg nk dibuat xbz, leh la kuar sat utk ziarah dia..

beza sungguh dengan masa dia mengajar aku dlu. badan dia agak chubby. kembali pada pencipta dlm keadaan yg kurus. terlantar sakit 5 tahun..hanya Allah yg tau apa sakit dia.

al-fatihah utk beliau & semoga segala ilmu yg pernah dicurahkan memberikan pahala yg berpanjangan utk cekgu.. ni la kelebihan seorg guru. ilmu yg pernah dicurahkan akan menjadi jambatan ke syurga. insyaallah.. so, utk guru semua, ajarkan la ilmu seikhlas hati... kita pon boleh dpt pahala yg berpanjangan. ada ilmu, jgn kedek. ajar pd org lain. xmungkin kita jd bodo sebab mengajar org lain tp mungkin akan terasa bodoh kerana makin banyak kita belaja, makin kita sedar betapa jahilnya kita..

No comments: