Jika kita kenal diri sebagai seorang Muslim, maka tanggungjawab kita adalah melengkapkan fardu Kifayah, yang orang selalu bilang, "orang lain buat, aku tak payah." salah konsep.
yang dikatakan fardu kifayah ini sangat besar ruang lingkupnya. banyak yang kita terlepas pandang, tetapi ia adalah fardu kifayah yang dituntut. yang selalu dikaitkan dengan fardu kifayah adalah pengurusan jenazah. tetatpi kita lupa bahawa mengimarahkan masjid juga adalah fardu kifayah.
apalah gunanya membangunkan masjid sebesar padang bola, tetapi jemaahnya hanya 10 orang? apalah gunanya membangunkan masjid sebesar padang bola, tetapi penggunaannya terhad? apalah gunanya membangunkan masjid sebesar padang bola, tetapi sentiasa dikunci dan dilarang menggunakannya?
aku pernah terbaca, bahawa umat islam tidak akan dapat dilemahkan jika bilangan jemaah subuhnya adalah seolah-olah jemaah maghrib dan isyak. kenapa yang diambil kira hanya subuh? kerana, subuh adalah waktu paling mudah bagi syaitan menguasai manusia. dengan cuaca dingin yang menyeronokkan untuk tarik selimut, memang susah nak membangunkan diri mengadap Allah..
tak terkecuali bagi aku, bangun subuh memang sesuatu yang berat. namun alhamdulillah... nenek aku ada. kerana dia lah aku mampu menggagahkan diri, membuka mata dan memandu kereta ke masjid. kami mengatur masjid setiap pagi jumaat. kami mencuba nasib sebenarnya. tujuan ke masjid pada pagi jumaat adalah untuk mendapatkan sujud sejadah. kebanyakan masjid akan membaca surah sajadah di pagi jumaat. namun ada juga imam yang membaca surah lain. terasa agak kecewa jika ia berlaku. ahaks..
jika pagi2 sebelumnya kami ke kariah lain, pagi ni, cukup la ke kariah sendiri. kuman seberang laut kami nampak, gajah depan mata buat tak nampak je. senario yang sama di mana sahaja.makcik nenek2 tua, yang kakinya sendiri sudah tidak mampu menampung beban, memenuhi ruangan solat. alhamdulillah.. bilangan jemaahnya hampir sama dengan bilangan jemaah malam. (abaikan bilangan jemaah terawih ya!)
alhamdulillah.. masjid kariah kami telah improved! pagi ini, imamnya muda (aku agak berdasarkan suaranya) telah membaca surah sajadah. namun demikian, pembacaannya tidak berapa lancar. surah sejadah bukan pendek ye! aku pon masih belom dapatmalas hafal. di sini lah pentingnya bagi kita, sebagai seorang Islam untuk menghafaz ayat al-Quran. Imam menghadapi kesulitan, kita dapat membantu. terdapat seseorang yang membantu membetulkan bacaannya. cuba bayangkan jika semua jemaah tak menghafaz surah sajadah, buta2 je pagi tadi kami berimamkan seseorang yang telah memesongkan ayat Allah. astaghfirullah al azim!!!
memiliki hafiz dalam sesuatu kariah juga adalah fardu kifayah. ketiadaan seorang alim di dalam agama akan mengakibatkan kita semua dihukum allah.. mintak dijauhkan.. moga allah tetapkan iman kita yang senipis kulit bawang ni.
ya allah.. tetapkanlah hati2 kami di jalan-Mu. janganlah kau pesongkan ia dari Mu ya Allah.. janganlah kau jauhkan kami dari rahmat-Mu. sesungguhnya rahmat-Mu tak terkira oleh kami..
segala yang terjadi dalam hidup kita, pasti ada hikmahnya. akal cetek kita takkan mampu membaca percaturan allah untuk hidup kita..la tahzan..Allah knows better than us!!!
yang dikatakan fardu kifayah ini sangat besar ruang lingkupnya. banyak yang kita terlepas pandang, tetapi ia adalah fardu kifayah yang dituntut. yang selalu dikaitkan dengan fardu kifayah adalah pengurusan jenazah. tetatpi kita lupa bahawa mengimarahkan masjid juga adalah fardu kifayah.
apalah gunanya membangunkan masjid sebesar padang bola, tetapi jemaahnya hanya 10 orang? apalah gunanya membangunkan masjid sebesar padang bola, tetapi penggunaannya terhad? apalah gunanya membangunkan masjid sebesar padang bola, tetapi sentiasa dikunci dan dilarang menggunakannya?
aku pernah terbaca, bahawa umat islam tidak akan dapat dilemahkan jika bilangan jemaah subuhnya adalah seolah-olah jemaah maghrib dan isyak. kenapa yang diambil kira hanya subuh? kerana, subuh adalah waktu paling mudah bagi syaitan menguasai manusia. dengan cuaca dingin yang menyeronokkan untuk tarik selimut, memang susah nak membangunkan diri mengadap Allah..
tak terkecuali bagi aku, bangun subuh memang sesuatu yang berat. namun alhamdulillah... nenek aku ada. kerana dia lah aku mampu menggagahkan diri, membuka mata dan memandu kereta ke masjid. kami mengatur masjid setiap pagi jumaat. kami mencuba nasib sebenarnya. tujuan ke masjid pada pagi jumaat adalah untuk mendapatkan sujud sejadah. kebanyakan masjid akan membaca surah sajadah di pagi jumaat. namun ada juga imam yang membaca surah lain. terasa agak kecewa jika ia berlaku. ahaks..
jika pagi2 sebelumnya kami ke kariah lain, pagi ni, cukup la ke kariah sendiri. kuman seberang laut kami nampak, gajah depan mata buat tak nampak je. senario yang sama di mana sahaja.
alhamdulillah.. masjid kariah kami telah improved! pagi ini, imamnya muda (aku agak berdasarkan suaranya) telah membaca surah sajadah. namun demikian, pembacaannya tidak berapa lancar. surah sejadah bukan pendek ye! aku pon masih belom dapat
memiliki hafiz dalam sesuatu kariah juga adalah fardu kifayah. ketiadaan seorang alim di dalam agama akan mengakibatkan kita semua dihukum allah.. mintak dijauhkan.. moga allah tetapkan iman kita yang senipis kulit bawang ni.
ya allah.. tetapkanlah hati2 kami di jalan-Mu. janganlah kau pesongkan ia dari Mu ya Allah.. janganlah kau jauhkan kami dari rahmat-Mu. sesungguhnya rahmat-Mu tak terkira oleh kami..
segala yang terjadi dalam hidup kita, pasti ada hikmahnya. akal cetek kita takkan mampu membaca percaturan allah untuk hidup kita..la tahzan..Allah knows better than us!!!
No comments:
Post a Comment