Soalan
Assalamualaikum
1. Saya ingin tahu apakah hukumnya jika seseorang itu terlupa untuk membayar fitrah ?
2. Adakah amalan puasanya diterima ?
3. Apakah perkara-perkara yang harus dilakukan bagi menebus semula kesilapan tersebut ?
Jawapan
ASSALAMUALAIKUM WRH.
Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah SAW.
1. Tidak berdosa jika seseorang itu terlupa membayar zakat fitrah. Berdosa jika buat-buat lupa atau sengaja tidak mahu membayarnya.
2. Zakat fitrah yang dikeluarkan bertujuan menyucikan jiwa orang yang berpuasa dan menambahi kekurangan yang tak diketahui dan tak disengajakan dalam ibadah puasa. Terlupa membayar zakat fitrah tidak menyebabkan puasanya tidak sah selagi seseorang itu tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Sama ada puasa diterima atau tidak itu hanya Allah Ta'ala sahaja yang tahu kerana sesungguhnya puasa anak Adam itu hanya Allah yang menilainya dan Dialah yang membalasnya.
3. Zakat fitrah yang terlupa dibayar wajib segera diqadha bayarannya kepada yang berkenaan.
~aku dapat dari inbox.. moga bermanfaat..
No comments:
Post a Comment