SOALAN:
Saya mempunyai kemusykilan berkaitan solat witir selepas mengerjakan terawih. Seperti yang saya fahami Witir itu adalah penutup segala solat. Justeru setelah selesai mengerjakan terawih di masjid biasanya kita akan meneruskan dengan witir. Maka sempena bulan ramadan ini saya berazam untuk bertahajud dan membuat solat hajat ditengah malam namun saya telah mengerjakan solat witir selepas terawih di masjid.
Adakah solat sunat saya ditengah malam itu dikira sah atau diterima amat mengelirukan saya. Bolehkah ustaz menerangkan kemusykilan saya ini.
sekian terima kasih.
Wa'alaikumsalaam Wr Wb
JAWAPAN:
Ini lah yg ramai orang keliru, keliru besar, baguslah saudari tanya. Kalau selepas kerjakan witir immediately selepas tarawih, kemudian pada masa tahajjud saudari hendak solat malam, saudari kena "membuka" semua solat sunnat yang sudah ditutup.
Kalau tak buka, maka sesia sahaja lah solat sunnat malam saudari. Sebab witir dah tutup "acara" solat sunnat kita sepanjang hari.
Ini adalah satu masalah yg sepatutnya dihuraikan oleh imam-imam atau ustadz ustadz yg melakukan solat tarawih, malang tidak.
Cara membukanya ialah dengan pertama sekali saudari solat 1 rakaat mutlaq atau dengan niat untuk "membuka atau membatal" witir yang sudah dilakukan. "Membatal atau membuka" semula solat sunnat tidak bererti solat witir saudari semasa selepas tarawih tiada pahala, ada, dont worry.
Jangan risau pasal niat, niat itu gerak hati, just lakukan 1 rakaat sunnat mutlaq, kerana niat saudari untuk buka semula solat sunnat.
Selepas solat 1 rakaat, kemudian boleh saudari solat tahajjud berapa banyak yang mampu, kemudian saudari tutup semula solat malam tadi dengan solat witir, solat witir paling sedikit 1 rakaat dan paling banyak 11 rakaat.
Sampaikanlah kepada mereka yang tak tahu atau masih jahil tentang masalah ini.
Satu lagi masalah ialah orang yg tidak solat ba'diah Isyak tetapi tunggu solat tarawih atau nak buat solat tarawih.
Perlu diingatkan bahawa solat 2 rakaat ba'diah (selepas) Isyak adalah rawatib muakkadah, yakni Nabi S.A.W. tidak pernah tinggalkan hatta dalam peperang atau musafir, apatah lagi mukim.
Menurut ulama, 2 rakaat ba'diah Isyak lebih pahala dari 8 atau 20 atau 36 rakaat tarawih, sebab solat tarawih adalah tidak muakkadad.
Bersama-sama lah kita beramal bersesuaian dengan ilmu dan sunnah Nabi S.A.W.
Harap maklum.
Wassalaam.
~aku xtau dari mana sumber ni @ sapa ustaz yg menjawab.. aku dpt dari email... kalo ada percanggahan pendapat, sila maklumkan pada aku, k... sama2 kita berkongsi ilmu..
1 comment:
time kasih atas info ko..
aku pon selalu konfius pasal benda alah nih..
so means selama nih macam sia2 jelah solat hajat or tahajud after witir tuh ek..
kenapa la tak diingatkan kita masa solat terawih ek..
ish..ish..
Post a Comment