Monday, August 25, 2008

WaAllahi..WaBillahi..WaTallahi..

Aku ingat lagi.. zaman sekolah rendah dlu, masa x mumayiz lagi, selalu sebut word ni, "wallah", time nk menegakkan diri sendiri. Tak kira la aku betul ke, aku tengah menipu ke, sume guna perkataan "sumpah, lillah, wallah". Dengar je words ni, mmg kompom la xmenipu. Sume org pecaya. Betul salah belakang kira. Tu zaman x matang lagi.

Makin meningkat dewasa, aku makin faham ape consequences kalo aku guna nama Allah utk bersumpah. Seingat aku, jarang aku bersumpah cmni, bukan ape. Takot kena sambar petir. Naya je kang. Kalo aku berkata benar & mmg nk sgt org pecaya, baru la aku akan kata, "sumpah, lillah, wallah". Maknanya, bukan sebarangan boleh cakap.

Makin lama, perkataan ni makin aku lupakan. Namun demikian, words ni keluar balik di kala kita di ambang merdeka ni. Apabila Saiful melafazkan sumpah laknat ke atas DSAI. Aku bukan la yg arif dlm menyatakan sama ada sumpah itu betul @ tidak, laknat terjatuh @ tidak kerana, sesungguhnya aku tidak menonton siaran Saiful bersumpah itu. Aku hanya menonton siaran ulangannya yg diulang siar di TV3 dan di blog2 rakan2 blogger yg lain..

Yang aku kesalkan, seolah2 perkataan "Wallahi, Wabillahi, Watallahi" menjadi sgt mudah utk dilafazkan. Sana sini bersumpah menggunakan nama Allah itu. Sgt besar ertinya, kerana sekiranya kita bersumpah, tetapi kita sebenarnya menipu, hanya Allah yg dapat menentukan hukumannya.

Baru2 ini, org no. 2 bersumpah di dalam masjid di Permatang Pauh dgn menyatakan bahawasanya beliau tidak mengenali siapakah itu Altanthuya. Membuatkan aku tertanya2, cmne ni? aku pon kenal, sbb tetiap hari media cite psl dia, macammana plak org no. 2 xknl? (Hehehe... saja melawak) Mungkin yg dimaksudkan oleh org no. 2 adalah sebelum penemuan mayat beliau..

Kemudian, paling terkini (sgt2 terkini nih) seorang bekas kepala negeri bersumpah tidak terlibat dalam penahanan org kanan negeri. Namun demikian, diucapkan dengan tidak serius, membuatkan aku berfikir, bolehkah perbuatan sedemikian dilakukan ketika bersumpah? Pernyataan sumpah dh jadi bahasa harian. Sewenang2nya orang bersumpah. Implikasinya? Wallahua'lam..

Dikhuatiri, semua orang akan melafazkan sumpah tanpa memikirkan implikasinya. Sesungguhnya, bersumpah tak salah, namun biarlah kena pada tempat & caranya. Budak2 bersumpah, masih boleh dimaafkan kerana masih belum mumayiz. Bagi yg mumayiz, yg dh boleh berfikir baik & buruk, berfikir lah dengan semasaknya, jangan sehingga memakan diri sendiri, ya!

No comments: