Oleh kerana harga minyak naik sekaligus akan menaikkan juga harga yang lain2, berikut adalah cara2 nak saving dengan mengubah cara hidup anda spt yg dipromotekan oleh kerajaan. "Ubah cara hidup anda (lifestyle)"
Part A (Kenderaan)
1) Yg Macho naik keta CC besar boleh tukar ke keta cc kecil (kancil etc)
2) Yg naik kancil tu leh tukar ke naik moto
3) Yg naik moto tu boleh tukar ke naik beskal
4) Yg naik beskal tu boleh tukar ke jalan kaki
5) Yg jalan kaki tu boleh tukar ke tumpang orang (jiran - kawan)
6) Yg asyik tumpang orang tu kalau tak tahan malu boleh beli keta. Lagi besar CC lagik macho. Sila rujuk nombor 1
Part B (Elektrik)
1) Jgn bayar bil anda.. biar diorang potong.. so tak payah la bayar lagi lepas tu.
2) Jual je semua barang elektrik anda (TV, radio, dvd player etc). Tak de peluang dan alasan utk anda nak pakai elektrik.
3) Pakai lilin atau unggun api untuk menerangi malam anda. Ini adalah bagus untuk mengeratkan hubungan keluarga terutama suami isteri hehehe
4) Kalau perlukan lampu juga anda boleh gunakan lampu beskal anda.Apa lagi mau lampu kayuh dan onkan dynamo beskal tuh. Kalau andabijak mungkin anda boleh suruh hamster anda berlari mengelilingi roda yg dilengkapi dynamo. Tidak pasti pula kalau hamster anda pandai mengayuh beskal.
5) Buat aktiviti malam (bukan yg sulit2) anda di tempat awam. Tempat ni lampu dia terang macam lampu stadium. Sebagai contoh anda nak lipat kain di waktu malam. Bawak je bundut kain anda ke Dataran Masjid Putrajaya dan lipat di situ. (Utk orang putrajaya je la)
6) Handphone anda kehabisan bateri? Jgn risau ..recharge je hp atau barang2 elektrik anda kat opis atau di tempat2 awam yg ada soket elektrik (hospital, balai raya, Pejabat YB) haha keraja*n akan tolong bayarkan bil elektrik untuk anda (Utk Anual nie). Hehe bijak bukan?
7) Nak tengok TV? tgk je kat rumah jiran atau restoran/warung yg berdekatan. Tapi order la air suam atau teh O utk cover macho anda.
Part C (Makanan)
1) Tanam tanaman yg boleh dimakan disekeliling rumah anda. *Nota - tanam orang mati tidak akan membuahkan hasil maksima.
2) Gunakan dapur kayu api atau dapur minyak tanah untuk memasak. Makan mentah pon ok gak kalau lalu.
3) Kalau selalu makan beras siam tu cuba try ubi kayu plak. Ni tanam sekeliling rumah la.
4) Schedule appointment meeting di pejabat anda. Includekan makan2 atau jamuan. Tak de jamuan jgn pergi..
5) Malam jumaat jgn lupa baca yasin kat msjid/surau. Kalau ada tahlil atau doa selamat mesti ada paling koman nasik lemak bungkus atau pisang.
6) Kalau VIP/ YB kawasan anda buat open house. Jgn lupa bawak tupperware atau mangkuk tingkat dan tapau sebanyak mungkin. Secara tidak langsung akan tersampailah mesej "rakyat berjimat cermat dan ubah cara hidup" kepada VIP/YB anda.
7) Makan je nasik lemak RM1 setiap hari. Kalau satu hari pagi,tghhari dgn malam baru RM3. Kalau setahun 365 X 3 baru RM1095 Wuiii save gileerr.......
Mampos!
No comments:
Post a Comment