Tuesday, June 17, 2008

MENOLONG ORANG YG TENGAH NAZAK

MESTI BELAJAR/KERANA KITA AKAN MENGHADAPI KEMATIAN

Assalammualaikum

Pada hari Sabtu lepas Surau Darussaadah di Keramat Permai telah mengadakan ceramah umum mengenai Isra' Mikraj oleh Ustaz
Abdullah Mahmud. Berikut adalah sedikit sebanyak intipati ceramah yang Ingin saya kongsi bersama rakan2 sekalian:-

MenurutUstaz, masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam 'membantu'seseorang menghadapi sakaratul maut. Menjadi kebiasaan, kita akanmengelilingi orang yang tengah nazak dengan masing2 membaca surah Yasin, dengan bacaan yang
tersendiri dan bermacam2 ragam (setengahdengan tartil, setengah bacaan laju). Perbuatan sebegini akanmenjadikan orang yang tengah nazak merasa lebih kelam kabut
(kerana menurut ustaz sebelum datangnya kematian, kita
'disibukkan' dengan segala gambaran perbuatan kita di dunia).

Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:-

i. Lantik seorang yang bacaan Alquran nya baik (dari segi tajwid) untuk membaca surah Yasin - yang lain2 bole bersama2 semak.

ii. Sebaik2 orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara terdekat yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah
nazak.

iii.Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin dibaca untukmenimbulkan rasa belas kasihan dan mudah2an surah yang dibaca bolehmembantu pencabutan nyawa beliau.

iv. Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin , berhenti, dan menolong (menuntun) beliau untuk melafaz 'Laa ila ha illallah'.

v. Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah, berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap 'Laa
ila ha illallah'lagi.

vi. Diteruskan sehingga lah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam 'membantu' saudara mara atau mak ayah kita dalam
menghadapisakaratul maut. Dan smoga kita mendapat segala rahmat serta hidayah NYAdlm membuat amal kebajikan den gan cara yang betul bukan semata2melalui ikutan adat. Amiin.


Disclaimer: dapat artikel ni dari emel. sekadar memanjangkan....

No comments: