Monday, November 3, 2008

berbuat baiklah

smlm astro oasis tayangkan jemputan umrah ke-20. maknanya, dh 20 org dpt p umrah atas tajaan tabung haji. alhamdulillah..aku memula malas nk tgk, tp sbb dh kelaziman di rumah, stp ahad, tepat jam 10 malam, mst tgk jemputan umrah, jd aku pon x mahu melanggar kebiasaan..

cara penyampaian jemputan kali ni agak berlainan. kebiasaannya, surat jemputan akan dihantar terus ke tangan penerima. kali ni, penerima diminta dtg ke pejabat astro oasis dgn tujuan utk berkenalan. of coz bukan sorg je yg dipanggil. ramai yg dipanggil, konon2 cm sesi perkenalan biasa.. cover line. hehehe..

penerima kali ni wanita, aku namakan PN. A (aku lupa nama dia daaa). pakai tudung labuh. sy sangat kagum dgn beliau. aku sgt berkobar2 ingin tau, apakah slogannya sehingga terpilih utk menerima jemputan umrah kali ni. pertama kali melihat Pn ini, aku kata, "wah.. alim.. ptt la leh dapat." hehehehe...

tau x nape dia leh dpt? sbbnya, dia kata, kalo dpt, dia nk bg kpd insan lain yg lebih memerlukan. waaa... kalo aku la, dpt jemputan umrah, mst utk aku. ni dia nk bg org lain lak. mmg pemurah la dia ni. kagum berganda. dia siap nangis2 tau sbb dapat. pastu, hasben dia siap baca doa kesyukuran. waahhhh.. kagum lg. hehehe..aku harap, dpt la hasben yg cmni, celik dlm bab2 doa. insyaallah..dia kena bg kt 2 org. sbb jemputan tu utk 2 org.

aku igt dia nk bg sedara dia ke sapa ke.. dia pk2, last2 dia bg kt pemandu teksi yg selalu amik & hantar anak2 dia ke sekolah. dia hanya kenal pakcik ni sbg pakcik teksi yg anta anak2 dia je. bukan rapat mana pon.. mulianya hati dia. mmg Allah je dpt balas kebaikan dia. pakcik teksi tu org susah, ade 5 ank, wife xkeje, 2 nak dia dh ke uni, sorg ank istimewa, 2 lg masih sekolah. ALlah.. mmg layak dia dpt. air mata aku pon mengalir masa tgk dia menangis sbb terkejot..sampai dia tanya, apa la yg dia dh buat sampai Allah bg ganjaran cmni. rahsia..

pakcik ni mmg nmpk baik. astro siap interview parents yg guna khidmat dia, anta & amik ank ke sekolah. sume puas ati. mmg yakin nk anta ank dgn dia. Allah, susah nk cari org cmni dh skang ni..pastu, dia ni mmg amik berat kebajikan mak dia. dia kata, "mak jaga kita dari kecik, xkan la dh besar xleh jaga mak balik.." gulp..tertelan air liur saya. :=) ptt la Allah balas cmni kt dia. kagum2...

pengajaran yg aku dpt dari pakcik nih -
  1. berbuat baiklah pd sume,
  2. pegang la amanah sebaik-baiknya sbb amanah adalah seberat2 urusan..

ape2 pon, pakcik ni mmg layak.. next week tunjuk yg lg sorg lak.. sape la yg dpt ek... hmm.. mungkinkah aku? x mungkin. hehehe...

No comments: