Monday, December 15, 2008

STATEMENT BERANI MATI!!!

ni statement2 dari bijak pandai di Malaysia. any comments????? most of them Melayu yg berkemungkinan beragama Islam. dasyat kan pemikiran diorg??


"“Mungkin SERBAN PARA MUFTI TERLALU KETAT maka sebab itu TIDAK CUKUP OKSIGEN untuk menyerap KE DALAM OTAK MEREKA. Mereka tidak berfikiran waras… Dari semasa ke semasa PARA ULAMA TIDAK PERNAH GAGAL untuk mengemukakan PANDANGAN YANG TIDAK MASUK AKAL DAN BEBAL.”

(Akbar Ali, Now The Mufti Blame Hindi Film, The SUN, 21 FEB 2001)

“Oleh itu persoalan yang perlu dilihat oleh masyarakat hari ini bukanlah sama ada poligami patut dibenarkan semula untuk diamalkan di sisi undang-undang sivil bagi bukan Muslim, tetapi sama ada IA PATUT DITERUSKAN DI SISI UNDANG-UNDANG ISLAM.”
(Sisters In Islam, Islam Did Not Invent or Encourage Polygamy, 10 Jan 2002)

“Nabi dilihat oleh penganut Islam awal SEBAGAI KETUA SUKU dan ramai daripada mereka yang menyokongnya berdasarkan kepada semangat asabiyyah atau kesukuan.”
(Dr, Farish A. Noor, The Myth Surrounding the Islamic State, NST, 1 DEC 2001)

“Nabi sendiri dalam konteks sejarahnya adalah seorang pemimpin suku, dan kerana itu ketaatan awal kepadanya diberi kerana dia adalah pemimpin suku yang lebih terserlah daripada pemimpin agama… ISLAM adalah suatu wacana dan sebuah wacana adalah terbuka, BOLEH DICABAR dan plastik…”
(Dr, Farish A. Noor, Intellectual Provocateur, The Edge, 3 DEC 2001)

“Nabi diketahui telah mengadakan hubungan seks dengan 15 orang wanita termasuk seorang gundik bernama Raihana yang tidak Islam sehingga ke akhir hayatnya.”
(Farish A. Noor, Let Islam Lead Way With Its Progressive View On Sexuallity, NST, 4 NOV 2000)

“Al Quran mengiszinkan seseorang menjadi murtad dua kali dan kemudian kekal kafir… TIDAK ADA HUKUMAN APA JUA SEKALIPUN yang dinyatakan ke atas orang murtad selain daripada janji Tuhan yang tidak akan mengampuninya atau memberinya petunjuk kepada jalan yang lurus. Inilah janji Tuhan. Inilah undang-undang-Nya.”
(Akbar Ali, Death For Apostates Unjust, The SUN, 4 JULY 1999)

“Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan.”
(Dato’ Seri Najib Tun Razak, Utusan Malaysia, 20 APRIL 1993)

“Menjadikan selain Kitab Allah (iaitu Hadis) sebagai sumber undang-undang, yakni menduakan sumber kuasa samalah dengan menyekutukan Tuhan.”
(Kassim Ahmad, Utusan Malaysia, 1 JULAI 1988)

“Jika al-Quran Perlembagaan, mengapakah Nabi Muhammad menggubal Perlembagaan Madinah dalam pembangunan negara Islam yang pertama di Tanah Arab dulu?”
(Dato’ Haji Dusuki Ahmad, Utusan Malaysia, 22 SEP 1984

2 comments:

mariamsss.blogspot.com said...

sangat menakutkan ek...

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN said...

Ini bukan statement berani mati, tetapi statement berani masuk neraka.

Di kepala ada kelenjar pineal yang mendapat tenaga dan terbina tisu sel yang baru di dalam kegelapan. Memakai serban ialah Rahsia Kegelapan untuk pertumbuhan sel. Ia membantu mendapat instinct baru.

Lelaki dijadikan secara fitrahnya tertarik dengan lebih daripada seorang wanita. Mencegah poligami akan mencenderungkan kepada masalah sosial yang sedang parah masa kini, iaitu penzinaan dan bersekedudukan dengan orang lain walaupun sedang berkahwin.

Rasulullah tidak pernah menjadi ketua suku. Malah Ketua-ketua Suku ketika itu iaitu pemimpin Qurais menawarkan Rasulullah sebagai Raja untuk menghentikan dakwah Islamnya. Orang yang pernah anggap Rasulullah ketua suku ialah orang yang tidak pernah belajar sirah.

Sahabat Rasulullah sangat ramai merangkumi pelbagai suku yang berbeza. Bilal bin Rabah orang Bahrain. Salman Al Farisi orang Iraq. Abu Bakar As Siddik orang Qurais. Ketua suku mestilah orang yang mengetuai sesuatu suku, bukan memimpin pelbagai bangsa dari seluruh dunia.

Islam ialah agama Allah. Jalan yang dipilih oleh Allah. Allah redho Islam sebagai agama pilihan. Islam ialah syariat yang mesti dipatuh, buka wacana yang boleh dicabar. Semoga Allah melaknat Fasish A. Noor kerana memfitnah Allah dan Rasulullah.

Zaujah-zaujah Rasulullah adalah sah di sisi Allah sebagai isteri. Kebanyakkan isteri Rasulullah adalah janda yang umurnya sangat lanjut kecuali Saidina Aishah yang anak dara. Ketika zaman jahilillah remaja wanita tidak dipercayai dan dipandang hina atau lebih cenderung tercemar. Anak dara yang muda dan cepat bernikah adalah lebih mulia dan terpelihara. Perkahwinan Rasulullah adalah syariat, sebagai panduan menunjukkan Islam terbuka dan tidak jumud, iaitu lelaki boleh mengahwini janda yang pada zaman ini cuba dielekkan oleh budaya jahiliah.

Belum ada sejarah menunjukkan ada negara yang huru-hara semasa melaksanakan undang-undang Islam.

Perlembagaan, piagam dan panduan Al-Quran adalah berbeza dan setiap satunya amat perlu.