Monday, December 15, 2008

weekend updates

jumaat lps, seharian aku x on pc. sbbnya, sebok kuar meeting. pg2, kuar umah p taman melawati amik makcik aku, pastu p USJ 6, meeting dgn client. lalu sg buluh nk tembus ke duta! perghhhhhhh...jauh siot! janji dgn client meeting kol 10. aku sampai 10.30. ngehngehngeh..meeting sampai kol 2.30. mcm2 soalan dilemparkan dgn harapan mendapat jawapan yg menggembirakan. leh la tahan tahap kegembiraan yg diperolehi. =(

kol 230 balik opis sat, solat, kuar balik. p diamond square kt gombak lak. ni sesi melawat kilang eskrem. dpt la rasa eskrem kopi. ngehngehngeh. soka soka!! kol 5 balik umah. anta makcik aku kt taman melawati, pastu balik umah. sampai umah kol 530 dgn kaki yg sengal2. xsoka xsoka!!!


sabtu 13 Dec 2008

lepak dgn zatil (yah, baik ko igt sapa zatil sbb dia igt ko tau x!) bukan saja2 lepak. tp sbb dia nk bg aku pinjam novel. best best. aku dpt 7 novel baru. aku dh katam 2. hehehehe..

pas zhr p umah tok ndak pastu p umah iwan. tgk emilia elayshah. hehehhe...

malam dok perap dlm bilik abiskan novel. nt aku wat review novel2 tu ye. sabar tau! =)


kol 845 mlm, aku dpt berita tentang kematian kak saimah bt md Said, isteri kpd abg mi. abg mi ni owner anjung marquee & tent (tmpt aku wat part time akaun). kak imah kembali ke rahmatullah pd usia 37 tahun, jam 7.30 mlm di hospital ampang & jenazahnya dikebumikan di kg dia kt sungkai, perak. punca kematian adalah kerana kencing manis yg tinggi & x dpt diselamatkan. 2-3 sblm tu, dia mmg dh sakit kepala & xlarat wat keje. p klinik, doc ckp migrain. bg ubat sume. pg sabtu, sbb x baik jugak sakit kepalanya, abg mi bwk p spital. sampai spital, wat blood test, rupanya ada kencing manis yg sampai tahap xdpt diselamatkan.

aku dpt berita kematian dia agk lmbt. so, lmbt la aku sampai. aku sampai hospital, ambulans baru kuar nk ke perak. jd, aku dgn kak ina ke umah abg mi. dia balik umah kemas kain baju nk balik kg. dh ramai sedara mara berkumpul kt umah dia. xde ape yg dpt kami tolong, cuma harap dgn kehadiran kami, dpt bg sokongan pd keluarga abg mi utk menghadapi kematian mengejut ni.

yg buat aku sedih, ank dia ada 4 org. plg tua pompuan, br tingkatan 1. paling bongsu umo 2 taun. yg bongsu ni menangis, abg mi dukung sambil bisik,

"jgn nangis, dok dgn abah na.."

bergenang air mata aku. tp Allah lebih tau segalanya. hope abg mi tabah. aku tetap ada utk menghulurkan bantuan selagi termampu. kematian org yg aku kenal, mmg mampu menumpahkan air mata aku. tambahan pula dgn kematian mengejut cmni. so, sama2 la kita sedekahkan al-fatihah kpd allahyarham saimah bt md said. semoga rohnya ditempatkan di kalangan org beriman & dicucuri Allah selalu. Amin...

aku sampai umah kol 11 mlm. pas solat isyak, sambung baca novel - Andai itu takdirnya sampai kol 3 pg. hehehe.. rasanya, ramai dh baca novel ni. kalo x silap, yan pon penah mention ke'best' an novel ni. xpe.. nt aku bgtau best ke x ye. huhuhuhu..


ahad

sepagian aku baca novel - selagi ada dia tulisan aisya sofea. biasa je novel ni. nt aku wat short review gak. hehehehe..

pas asar kuar dgn salwa p JJ maluri. dia nk cari bj keje sket. aku ikot je. dh dia amik kt umah. hehehehe.. dari JJ, ktorg ke ampang point lak sbb kt ctu xbyk choice. kt ampang point, penat kaki aku. telebih byk pulak choicenye. hehehhe..pnt2 ktorg jln jauh2, last2 makan kt kfc ampang. boleh? hahahaha..balik umah, pnt siot! kaki aku sengal2 lg. bukan sbb drive, tp sbb asik pusing dlm shopping complex.

the best part is, aku xbeli apa pon. aku berjaya membendung nafsu serakah aku dari membeli belah. hehehehe...

14/12/2008 adalah hari perkahwinan Puan Aisyah bt Mohamad. kwn maahad aku. sori sbb kami xp. skang ni, kami, bebudak ampang, iaitu aku, salwa & niza menghadapi 1 sindrom yg dipanggil - tidak dapat nk p kenduri sbb malas masalah kewangan - harap maklum ye kawan2..



1 comment:

FatiYahh said...

wei, kau masok opis update blog dulu ye?

aku bilang sama boss!!


hahahah